Permohonan Biasiswa Komanwel di New Zealand 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Peluang baik bagi yang layak memohon Biasiswa Komanwel di New Zealand telah dibuka, Kursus yang ditawarkan ialah kursus bagi peringkat Sarjana dan PHD. Tempat pengajian ialah di New Zealand dan tempoh pengajian akan bermula febuari 2015. Permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 30 Julai 2014 ini.

Syarat Permohonan Biasiswa Komanwel di New Zealand 2014

Pemohon mestilah Warga Negara Malaysia perlu memenuhi syarat berikut :

Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak New Zealand Commonwealth Scholarship.

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (New Zealand Commonwealth Scholarship) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Berkhidmat secara tetap;
  • Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
  •  Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  • Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2011, 2012 & 2013);
  • Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh permohonan);
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.
Info Tambahan :  Pelepasan Cukai 2023 untuk Pendeposit SSPN!

Cara memohon dan dokumen  permohonan

Borang permohonan adalah seperti berikut :

New Zealand Scholarships Application Form 2014 (masing-masing 2 salinan )

**Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, anda juga dikehendaki mengisi borang-borang seperti berikut (masing-masing 1 salinan ) :

Borang JPA(L)LDP 1A/96 ini perlu diisi oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan/Kementerian masing-masing.

*Sila cetak dokumen-dokumen tersebut pada kertas bersaiz A4 atau 8 ½” x 11”

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan dihantar ke alamat berikut :-

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62510 PUTRAJAYA

(u/p : PUAN ANNA IZWANA BINTI RORZALI)

 

Anda adalah dinasihatkan merujuk terus Iklan penuh untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top