Permohonan Biasiswa Latihan Perguruan Tajaan Kerajaan Jepun 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi yang berminat untuk belajar di Jepun untuk pelajaran dalam bidang pengajian Jepun dan latihan perguruan Jepun diperlawa memohon biasiswa tajaan Jepun (Monbukagakusho(MEXT ). Permohonan adalah terbuka kepada siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di Maktab Perguruan dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar.

Bagi calon-calon bukan kakitangan Kerajaan , perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT).

Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan , perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho : MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Berkhidmat secara tetap;
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
  • Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2014;
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2010, 2011 & 2012 atau 2011, 2012 & 2013);
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
  • Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
Info Tambahan :  Program Transformasi Belia Ternak Permohonan Februari 2023

Cara Memohon dan Maklumat lanjut :

Untuk membuat permohonan anda digalakkan merujuk iklan penuh di Laman Rasmi JPA.

Selepas memohon, permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat dibawah :

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

UNIT PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

ARAS 3, BLOK C1, KOMPLEKS C

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62510 PUTRAJAYA

(u/p : CIK WAN IZNI BINTI WAN HAMDI)

 

Untuk maklumat lanjut pemohon boleh menghubungi :

Cik Wan Izni Binti Wan Hamdi

Tel : 03-8885 3420

Fax : 03-8889 2171

E-mel : [email protected]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top