

Bagi yang berminat untuk mendapatkan tajaan biasiswa dari MARA, peluang dibuka bagi mereka yang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan PHD Doktor Falsafah untuk mendapatkan kemudahan biasiswa. Permohonan adalah dipelawa kepada calon Bumiputera warganegara Malaysia untuk tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian peringkat Sarjana, Doktor Falsafah dan Profesional di :
- Universiti Kuala Lumpur,
- Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan dan
- Institut Pengajian Tinggi Swasta Tempatan yang berdaftar dengan pihak MARA.
Syarat Asas Memohon Biasiswa/tajaan MARA
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera Sabah / Sarawak dan warganegara Malaysia.
- Pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa.
- Had umur pemohon bagi semua peringkat pengajian adalah tidak melebihi 45 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan.
- Pemohon telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dan mempunyai keputusan penuh pengajian semasa iklan dikeluarkan, atau pemohon lepasan Diploma yang mempunyai 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
- Mendapat tawaran pengajian peringkat Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah/ Profesional secara sepenuh masa / separuh masa dan tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Universiti Kuala Lumpur / Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan / Institut Pengajian Tinggi Swasta Tempatan yang berdaftar dengan MARA. Pemohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh universiti sekiranya diwajibkan menduduki ujian Bahasa Inggeris berkaitan seperti International English Language Testing System (IELTS) dan Test of English as a Foreign Language (TOEFL), Graduate Record Examination (GRE), Graduate Management Admission Test (GMAT) dan sebagainya. 1.7 Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman jika pernah ditaja oleh MARA atau badan penaja lain bagi pengajian sebelum ini.
- Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus senarai hitam (blacklist) bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.
- Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja pada peringkat pengajian yang sama atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara.
- Mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan / perletakan jawatan secara bertulis daripada majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.
- Bagi calon di kalangan tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah dikemukakan surat kelulusan perletakan jawatan.
- Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah.
- Pertimbangan bantuan pinjaman pelajaran MARA adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa berkenaan berpandukan syarat serta peraturan penajaan semasa yang ditetapkan oleh MARA.
Syarat Kelayakan Akademik
Untuk syarat kelayakan akademik pula hendaklah ;
- Memperolehi Kredit bagi matapelajaran Bahasa Melayu yang diambil di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
- dan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana dengan mencapai CGPA 2.50 keatas,
- dan diterima masuk ke IPTA / IPTS yang berkenaan.
Tawaran adalah menarik dan semestinya mampu meringankan beban pemohon serta membuka peluang lebih luas kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. Sebenarnya ada banyak lagi maklumat penting seperti kelayakan kursus dan tempoh penajaan, Jumlah penajaan mengikut kategori/bidang pengajian kesemuanya anda boleh rujuk disini.
Bagaimana cara memohon Biasiswa/tajaan MARA
- Calon-calon perlu membuat permohonan secara online melalui laman sesawang http://eduloan.mara.gov.my ( Klik pada Program Pasca Siswazah ) yang akan dibuka bermula dari 08 Ogos – 08 September 2012.
- Borang permohonan online yang dicetak perlu dihantar bersama dokumen-dokumen sokongan sebelum atau selewat-lewatnya pada 08 September 2012 ke alamat berikut:
Pengarah
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
( Program Pasca Siswazah Dalam Negara 2012)
- MARA berhak menolak sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh di atas, permohonan yang tidak lengkap serta tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
- Layari laman sesawang http://eduloan.mara.gov.my bagi semakan keputusan permohonan bermula dari tiga (3) minggu selepas borang permohonan yang lengkap diterima.
Assalamualaikum..
Adakah Mara ada menyediakan biasiswa atau pinjaman untuk pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat master?..
Selamat Sejahtera,
Boleh tak dapat pinjaman MARA untuk ijazah yang kedua?
Selamat petang, tuan/ puan. sila tanya bolehkan saya memohon biasiswa MARA sebelum mendapat tawaran pengajian MASTER? apakah prosedur untuk memohon biasiswa MARA?
sekian, terima kasih atas perhatian tuan/ puan.
Sumber : Permohonan Biasiswa MARA Pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah
Saya memiliki diplkma undang2. ijazah industri dan buruh. sarjana pendidikan dan berminat utk menyambung doktor falsafah yg kajiannya berkaitan perubatan. Adakah pilihan pendidikan saya yg berbeza bidangnya boleh mempengaruhi permohonan biasiswa saya?
Asslmlkm…
Saya masih di bawah program sarjana dan mahu menyambung pelajaran di peringkat doktor falsafah 2015. Boleh saya tahu bila tawaran biasiswa untuk peringkat tersebut dibuka. Adakah pada bulan Ogos juga? Sekian, Terima Kasih
Salam, dah dapat jawapan ke untuk persoalan ini? boleh share pada saya?
selamat petang, tuan/ puan. sila tanya bolehkan saya memohon biasiswa MARA sebelum mendapat tawaran pengajian MASTER? apakah prosedur untuk memohon biasiswa MARA?
sekian, terima kasih atas perhatian tuan/ puan.
Assalamualaikum.. saya Nik, seorang guru, tahun ke lima mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Kelantan, pemegang BEd. (Hons) TESL dan pernah mendapat tajaan biasiswa KPM semasa ijazah pertama saya dahulu. Soalan saya :-
1)adakah saya boleh memohon biasiswa mara setelah saya telah menggunakan tajaan biasiswa lain (KPM)?
2)adakah MARA menaja mana-mana guru yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana (master degree) di mana-mana universiti luar negara?
Sekian, terima kasih.
PERMOHONAN BIASISWA MARA .