Permohonan BIasiswa MYBRAINSC Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2015/2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
LOGO+KPM+2013+-+12
KPM

Satu permohonan biasiswa dibuka bagi membantu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.  Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League. Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Bidang Pengajian

  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Matematik

Syarat Permohonan

PHD

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Sarjana

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.
Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Ijazah Pertama

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 30/45 dalam IB dan 4A dalam A Level;
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT; dan
  • Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Maklumat Penuh Permohonan

Untuk pengetahuan, maklumat diatas adalah dipetik dari Laman Permohonan KPM, oleh itu anda dinasihatkan untuk terus merujuk Laman web KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Cara memohon, Perjanjian ditetapkan dan kaedah pemilihan. ( Maklumat Lanjut )

Semoga maklumat ini Berjaya disebarkan kepada pelawat xpresi demi membantu pelajar dan calon yang berminat untuk mendapatkan biasiswa untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

2 thoughts on “Permohonan BIasiswa MYBRAINSC Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2015/2016

  1. sy telah menerima tawaran biasiswa my brain sc. tetapi,kos yg sy dpt di university teknologi Malaysia ialah ijazah sarjana muda sains(biologi industry). adakah sy perlu menukar kos kepada ijazah sarjana muda sains(biologi) untuk melayakkan sy menerima biasiswa ini?kerana kos biologi industry bukan kos sains tulen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *