Permohonan Biasiswa New Zealand – Asean 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Untuk makluman satu permohonan biasiswa dibuka iaitu biasiswa New Zealand – Asean tahun 2014. Permohonan online dibuka mulai 21 Mei 2014 sehingga 17 Jun 2014.

Permohonan adalah bagi pengajian peringkat sarjana, biasiswa adalah terbuka kepada warganegara Malaysia.

Syarat Permohonan

Calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur (New Zealand-ASEAN Scholarship) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Berkhidmat secara tetap;
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
  • Berumur di bawah 40 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 36 bulan kalendar yang terkini berturut-turut (2011, 2012 & 2013) ;
  • Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh permohonan);
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.
Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

Maklumat lanjut permohonan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut permohonan, anda dinasihatkan untuk terus merujuk Iklan Penuh di laman Rasmi JPA.

Semoga permohonan Berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *