Permohonan Biasiswa, Sarjana Muda dan Sarjana di Jepun 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Biasiswa, Sarjana Muda dan Sarjana di Jepun 2013 1
Japan

Bagi yang berminat menyambung pengajian di Jepun, Peluang sambung belajar dan biasiswa dibuka kepada yang berkelayakan dan berminat mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda dan sarjana di Jepun. Biasiswa adalah ditaja oleh kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akademik 2013.

Bayaran Biasiswa Semasa Belajar

  • Elaun bulanan disediakan anggaran sebanyak 117,000 yen (ang. RM4,300) akan diberikan kepada penerima biasiswa Sarjana Muda
  • Manakala Sarjana muda pula diberikan elaun 143,000 yen (ang. RM5,300) untuk penerima biasiswa Sarjana (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan)
  • Untuk bayaran Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan.
  • Tiket kapalterbang pergi balik juga disediakan.

Kategori Biasiswa dibahagi kepada 2 iaitu :

Program Sarjana Muda (kursus ijazah sarjana muda 5 – 7 tahun bermula dari April 2013)

  • Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 22 tahun pada 1 April 2013 (dilahirkan antara 2 April 1991 dan 1 April 1996)
  • Pemohon mestilah tamat SPM atau O-level dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (TIDAK TERMASUK KELAS PERALIHAN). Pelajar yang sudah tamat STPM, A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma juga boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, Martikulasi atau Diploma.
  • Pemohon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai keputusan cemerlang di dalam subjek major yang lain.
  • Tarikh tutup permohonan: 13 April 2012 (Jummat) sebelum pukul 4 petang
Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Program Sarjana (kursus 1½ tahun atau 2 tahun bermula dari April atau Oktober 2013)

  • Pemohon mestilah di bawah umur 35 tahun pada 1 April 2013 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1978).
  • Pemohon mestilah mempunyai ijazah sarjana muda (keutamaan bagi Kelas Pertama dan Kelas Kedua Atas) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (TIDAK TERMASUK KELAS PERALIHAN). Siswazah sarjana muda yang berada di tahun akhir pengajian di universiti juga layak memohon.
  • Bagi  kakitangan kerajaan Malaysia yang ingin memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jpa.gov.my atau hubungi JPA di talian 03-8885-3432 (Cik Siti Haslina bt Hashim)
  • Tarikh tutup permohonan (untuk golongan bukan kakitangan kerajaan):  6 April 2012 (Jumaat) sebelum pukul 4 petang
  • Tarikh tutup permohonan (untuk golongan kakitangan kerajaan): 30 Mac 2012 (Jumaat)

Cara Membuat Permohonan

  • Pemohon perlu membaca dengan teliti syarat dan peraturan yang sedia ada.
  • Borang permohonan dan garis panduan boleh diambil dari Kedutaan Jepun atau dicetak dari laman web Kedutaan Jepun (www.my.emb-japan.go.jp). Atau KLIK SINI.
  • Selain dari itu, pemohon juga boleh menghantar sampul surat beralamat sendiri beserta setem 80 sen pada sampul surat tersebut kepada Japan Information Service, Embassy of Japan, No. 11 Persiaran Stonor, Off Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur.
  • Sila nyatakan permohonan untuk “Sarjana Muda” atau “Sarjana” pada sudut atas kiri sampul surat semasa menghantar permohonan. Pemohon hendaklah memastikan bahawa permohonan yang lengkap dihantar sebelum tarikh tamat permohonan
Info Tambahan :  BUDI Sabah 2023: Permohonan, Syarat dan Tunai

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan lebih jelas, bolehlah melawati  www.my.emb-japan.go.jp atau hubungi 03-2177-2600 (ext. 146 [sarjana muda] / 157 [sarjana])

Untuk maklumat lebih jelas dibantu khidmat kaunseling rundingcara bekenaan biasiswa ini, bolehlah ke seksyen Japan Information Centre (tingkat atas Kedutaan Jepun) pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu dari 10 pagi ke 12 tengah hari (kecuali cuti umum)

Semoga maklumat yang dikongsi bekenaan peluang melanjutkan pelajaran di luar negara ini memberikan lebih peluang dan lebih penerokaan dalam meningkatkan lagi penguasaan ilmu yang lebih global.

One thought on “Permohonan Biasiswa, Sarjana Muda dan Sarjana di Jepun 2013

  1. Dear Sir/Madam,
    A very good evening.I am Sandra,aged 51 and a Malaysian. am working
    as Rehabilitation Officer for persons with disabilities (OKU) in a charitable
    organisation.I been in this field for the past 26 years.In the year of 2003,I went to Japan to take rehabilitatrapycourse for intellectually disabled for 6 month under Jica programme.At present I am very keen to take
    speech therapy course in Japan under merit rules and conditions.Could you please get me the relevant information for me to pursue a Speech Therapy course as we are lack of qualified speech therapist in my area and there a lot of children and adult who need such therapy.Please keep in touch and hoping to receive your favourable reply.Thank You.

    Regards,
    Sandra from Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *