Berita baik buat semua ibu bapa di luar sana yang merupa anak jati pahang, anda boleh membuat permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) tahun 2021 ini. Biasiswa ini bertujuan bagi membantu anak Pahang yang mempunyai:-
- Tanggungan anak bersekolah yang ramai,
- Anak yatim,
- Keluarga miskin,
- Ibu bapa uzur,
- Ibu tunggal atau
- Peserta PPRT.
Selain daripada mereka yang mempunyai tanggungan anak yang ramai, murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum juga DIGALAKKAN untuk memohon. Ianya bagi memastikan semua mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Negeri.
Pada masa yang sama, bagi penduduk yang sudah bermastautin lebih 10 tahun di Pahang anda juga LAYAK memohon. Walaubagaimana sekalipun, anda perlu merujuk kepada syarat kelayakan penuh untuk memohon biasiswa ini.
TAHUKAH ANDA!!!
Biasiswa ini DIBUKA kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2021 ini. Pemohon HARUSLAH dari sekolah kerajaan TIDAK KIRA dari SMK, SMKA, SMA, SABK. Sekiranya anda dari kategori sekolah berikut maka anda LAYAK melakuakan permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) sebanyak RM600 setahun.
Syarat Kelayakan BSM Tahun 2021
Antara syarat kelayakan memohon Biasiswa Sekolah Menengah Thaun 2021 ini adalah:-
- Ibu bapa adalah WARGANEGARA Malaysia
- Pemohon/ ibu/ bapa lahir di negeri Pahang
- Jika pemohon/ ibu/ bapa lahir di luar negeri Pahang, MESTILAH BERMASTAUTIN di Pahang LEBIH dari 10 tahun.
- Mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah diubawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan
- Keutamaan akan diberikan kepada:-
- Anak yatim
- Mereka yang berasal daripada keluarga yang KURANG BERKEMAMPUAN yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat
- Ibu bapa atau penjaga yang uzur
- Ibu bapa yang Orang Kelainan Upaya (OKU)
- Ibu tunggal
- Peserta PPRT
- Murid yang mempunyai kecemerlangan dalam bidang akkademik dan kokurikulum
- Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) TERTAKLUK kepada pemilihan semasa tahun permohonan
- Murid yang pernah digantung/ dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula semasa tingkatan 4 jika berkelalkuan baik
- Pemohon haruslah sedang belajar di :-
- Sekolah Menengah Kebangsaan
- Sekolah Berasrama Penuh
- Kolej Vokasional
- Sekolah Teknik
- Sekolah Menengah Agama Negeri
- Sekolah Menengah Agama Rakyat
- Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
- Pemohonan HARUSLAH Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2021
“Sekiranya anda mempunyai syarat-syarat tersebut maka anda LAYAK untuk melakukan permohonan BSM ini”
Cara Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)
1) Borang permohonan hanya boleh didapati di:-
- Sekolah atau
- Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
2) Murid WAJIB mengisi dan menyerahkan borang 1.0/ 2.0 kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod simpanan
3) Sekolah TIDAK PERLU menghantar borang permohonan kepada Yayasan Pahang kerana Pemohonan memlalui dalam talian SAHAJA.
Tarikh Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)
Permohonan boleh dibuat melalui sekolah atau ADUN bermula pada 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021. Anda boleh melayari laman web untuk mendapatkan info serta maklumat lanjut berkenaan dengan permohonan ini.
“Anda masih mempunyai masa lebih kurang 28 hari sahaja untuk melakukan permohonan biasiswa ini”
Program Bantuan Pendidikan
Selaian daripada Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) ini, yayasan pahang juga ada membuka Program Bantuan Pendidikan . Antara Program Bantuan Pendidikan yang disediakan oleh yayasan adalah Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang.
TAHUKAH ANDA!!!
Biasiswa Kecemerlanagn Menteri Besar Pahang (BKMB) ini adalah bagi anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekoiahan Malaysia (STPM).
Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk menyambung Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang di iktiraf oelh kerajaan Malaysia dan dilulusakan oleh yayasan ke epringkat pengajian tertinggi.
Syarat kelayakan permohonan
1) Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrifan berikut:-
- Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur
- Bagi pemohon yang ibu bapanya BUKAN warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON
2) Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa
3) Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun semasa seperti berikut:-
- Calon SPM : 9A+ ke atas
- Calon STPM : 4 Prinsipal A
4) Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang di iktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak term luar negara)
5) Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul
6) Mempunyai taraf kesihatan yang baik
Bagi mendapatkan maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Rasmi Yayasan Pahang. Sekiranya anda mempunyai kelayakan seperti di atas anda layak untuk memohon. Tiada yang mustahil untuk melakukan permohonan ini.