Permohonan Biasiswa Sukan Kementerian Belia Dan Sukan 2013/2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu permohonan dibuka untuk biasiswa sukan Kementerian Pelajaran bagi memberi kemudahan dan bantuan kewangan kepada mereka yang layak termasuk yang aktif dalam sukan. Untuk memohon, pemohon mestilah dalam bidang pengajian yang dinyatakan dibawah :

  • Sains sukan
  • Kesihatan dan kecergasan
  • Pengurusan kesenggangan
  • Pengurusan sukan dan rekreasi
  • Pengajian sukan
  • Fisioterapi
  • Pemakanan
  • Pendidikan jasmani
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Pemulihan anggota
  • Lain-lain bidang berkaitan yang dipersetujui Kementerian

Sayarat kelayakan

Permohonan hanya terbuka kepada atlet yang memenuhi syarat:

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi umur yang ditetapkan pada tarikh tutup permohonan: i)25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma; atau  ii)30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama.
  • Atlet yang masih aktif dalam sukan dengan sekurang-kurang memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Universiti ASEAN (SUA) atau Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf sebelum tarikh tutup permohonan. Penyertaan 2 tahun kebelakang sahaja diambil kira. Pegawai dan jurulatih sukan tidak layak memohon.
  • Kategori permohonan :
Info Tambahan :  Biasiswa Jepun MEXT 2023: Semua yang Anda Perlu Tahu

i) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian hendaklah mencapai minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 pada semester terkini (semasa permohonan dibuat) dengan baki tempoh pengajian dua (2) semester atau lebih; atau

ii) Pelajar baru hendaklah telah mendapat surat tawaran pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana Universiti / IPT Tempatan yang diiktiraf Kerajaan.

  • Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain.
  • Sihat dari segi mental dan fizikal.
  •  Pemohon-pemohon yang menerima hadiah biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam latihan  dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh pengajian dan dikehendaki mewakili negara/negeri di dalam pertandingan-pertandingan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa apabila diperlukan.
  • Pemohon-pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.
Info Tambahan :  Program Transformasi Belia Ternak Permohonan Februari 2023

Cara mohon

Permohonan hendaklah dibuat secara atas online di e-Biasiswa @ www.kbs.gov.my atau http://interaktif.kbs.gov.my/biasiswasukan/

Untuk maklumat lanjut, Sila rujuk Iklan Penuh KLIK SINI atau sila hubungi: Tel: 03-8871 3551 / 3558.

Tarikh tutup permohonan : 10 November 2013

Leave a Reply