Permohonan Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ( SC )

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ( SC ) 1
SC

Bagi yang ingin mendapatkan biasiswa pengajian, permohonan biasiswa dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia SC dibuka. Biasiswa adalah diperuntukkan bagi mereka yang cemerlang, berwawasan dan berdedikasi untuk melanjutkan pelajaran dan membina kerjaya mencabar bersama SC. Jika anda seorang yang bijak, bercita-cita tinggi, mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan ingin mengikuti pengajian dalam bidang :

  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Kewangan dan Perbankan Islam
  • Pelaburan Perbankan
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Perakaunan
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Undang-Undang

 Syarat Kelayakan Untuk Biasiswa Pra – Ijazah

Untuk kursus-kursus pra-ijazah di universiti / institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf (A-level, asasi, matrikulasi, dan diploma)

Akademik : Minimum 9A dalam peperiksaan SPM 2011

Lain-lain : Berumur 19 tahun dan ke bawah

 Syarat Kelayakan Biasiswa Pengajian Siswazah

Untuk pengajian Ijazah pertama di universiti yang tersohor dan diiktiraf di Malaysia dan di luar negara

Info Tambahan :  UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

Akademik : Minimum 3A dan 1B+ dalam peperiksaan STPM atau 3A di peringkat A-Levels atau 3.5 CGPA pada peringkat Diploma / Matrikulasi

 Syarat Tambahan Lain untuk kesemua Biasiswa

  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan kepimpinan yang baik
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan baik
  • Bukan penerima biasiswa organisasi lain

Biasiswa ini merangkumi yuran penuh pembelajaran, buku-buku, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan.

Tawaran bersyarat akan dibuat kepada calon-calon yang berjaya, tertakluk kepada penerimaan mereka ke universiti / institusi pengajian tinggi yang tersohor dan diiktiraf serta sedia berkhidmat dengan SC bagi jangka masa yang ditetapkan setelah tamat pengajian.

Cara Membuat Permohonan Biasiswa SC

Permohonan Boleh dibuat secara Online Scholarship Award Online Application

Bagi mengelakan daripada kesesakan di dalam talian yang mungkin melambatkan proses permohonan, calon-calon hendaklah mendaftar “ID pengguna” selewat-lewatnya pada 1 April 2012 dan calon-calon digalakkan menghantar permohonan seawal mungkin. Calon-calon yang ingin mendaftarkan ID pengguna yang baru, tidak akan dapat berbuat demikian pada tarikh 2 dan 3 April 2012. Sila mulakan proses permohonan anda sebelum tarikh-tarikh tersebut.

 Tarikh tutup Permohonan

Pendaftaran ID hendaklah dibuat selewatnya 1 April 2012 dan segala dokumen hendaklah dihantar sebelum 5.00 petang selasa 3 April 2012

Info Tambahan :  Biasiswa Untuk Degree: 3 Jenis Biasiswa dan Tips

Permohonan yang disenarai pendek akan dihubungi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia SC.

Maklumat lanjut :

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke iklan penuh permohonan atau kunjungi Khidmat Korporat SIDC, Securities Industry Development Corporation, No 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur. No talian 03 62048667 / 8669 atau faks 03 6201 8008 atau email [email protected] atau [email protected]

One thought on “Permohonan Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ( SC )

  1. Salam.
    Sy pljr lepasan matrikulasi dlm bidang perakaunan..sy nk tnye skrg ni ade lg ke permohonan biasiswa utk mlnjutkan pljrn ke ijazah?sbb kebanyakan permohonan biasiswa dh ditutup april lalu..sy dh terlepas nk memohon..hrp pihak xpresi dpt membantu..terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *