Permohonan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi yang berminat belajar di Jepun, biasiswa ditawarkan oleh kerajaan Jepun dan permohonan telah dibuka. Biasiswa jepun ( Monbukagakusho:mext) ini adalah bagi pengajian Jepun dan Latihan Perguruan. Permohonan telah dibuka dan tarikh tutup permohonan pada 12 Mac 2013.

Biasiswa yang ditawarkan nanti agak menarik apabila sepanjang pengajian di Jepun nanti elaun bulanan diberikan dengan anggaran sebanyak 117,000 yen ( sekitar RM 3,800 ) akan diberikan kepada penerima biasiswa untuk Pengajian Jepun. Bagi penerima biasiswa Latihan perguruan pula menerima sebanyak 143,000 yen ( sekitar RM 4,700 ) , Bagi yuran untuk peperiksaan kemasukan university, matrikulasi dan tuisyen di university adalah dikecualikan. Juga yang menarik disini tiket pengangkutan kapal terbang pergi dan balik juga disediakan.

Info Tambahan :  UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

Syarat Permohonan

Pengajian Jepun (kursus non-degree setahun bermula dari Oktober 2013)

  • Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 29 tahun pada 1 April 2013 (dilahirkan  antara 2 April 1983 dan 1 April 1995)
  • Pemohon mestilah siswazah tahun 2 atau tahun 3 (bukan pelajar tahun akhir) yang major dalam Bahasa Jepun atau Kebudayaan Jepun di universiti tempatan dan mestilah mendaftar di tempat pengajian apabila pulang semula di negara masing-masing.
  • Pemohon mestilah mahir dalam bahasa Jepun.
  • Permohonan mesti sampai di Kedutaan Jepun di Malaysia sebelum pukul 4 petang pada 12 Mac 2013. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2177-2600 (ext. 157/146) atau layari http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm

Latihan Perguruan (kursus non-degree 1½ tahun bermula dari Oktober 2013)

  • Pemohon mestilah di bawah umur 35 tahun pada 1 April 2013 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1978).
  • Pemohon mestilah siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang telah bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di Maktab Perguruan dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja.
  • Pemohon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun.
  • Permohonan harus dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari  http://www.jpa.gov.my atau hubungi JPA di talian 03-8885-3555 (Pn. Noor Zahrina bt Abdul Samad).
Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

Sekiranya dipanggil temuduga nanti , kedutaan Jepun akan menghubungi pemohon yang memenuhi syarat sahaja melalui email dan surat untuk menghadiri sesi temuduga yang dijangka akan berlangsung pada 3 April 2013 nanti. Sila rujuk Iklan penuh untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *