Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2013

0
1

Yayasan Tunku Abdul Rahman

Satu permohonan biasiswa dibuka iaitu biasiswa Tunku Abdul Rahman kepada lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma juga kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda di IPT tempatan dalam Negara. Biasiswa ini bagi memberi sokongan kewangan kepada bakal graduan yang akan atau sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di IPTA mahupun IPTS dalam Negara.

Syarat Permohonan

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan

Syarat kelayakan akademik dan kokurikulum

  • Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.75 dan ke atas
  • Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda di IPT tempatan dalam Negara jika mencapai PNGK 3.75 dan ke atas, dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
  • Kepujian tertinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.
Baca Juga :  Pra Pendaftaran Calon Jaya Matrikulasi 2017/ 2018

* pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.

-  Penerima BTAR diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.

Kadar Biasiswa

  • Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh universiti.
  • Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.
  • Elaun Buku bernilai RM500 / semester
  • Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amali / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).
  • Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).
Baca Juga :  Alamat Altenatif SAPS, e-Gtukar, e-Operasi dan laman Web KPM

Borang Permohonan

Untuk memohon perlu mengisi dan muat turun borang permohonan ( Klik Sini )

Semua permohonan daripada pemohon yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di IPT tempatan dalam negara mesti mendapat ulasan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.

Tarikh tutup permohonan : 29 Mac 2013

Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga dan Permohonan adalah tidak Berjaya sekiranya permohon tidak dihubungi dalam masa 3 bulan. Sumber : Kementerian Pengajian Tinggi, Yayasantar.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Apa Komen Anda :