Biasiswa ini permohonanya dikhaskan kepada lepasan SPM, STPM, Matrikulasi/ setaraf yang mana menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda dan peringkat Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi. Biasiswa adalah dari Biasiswa Tun Rahah melalui yayasan Cemerlang.
Kelayakan Memohon
- Warganegara Malaysia
- Minima 5A dalam SPM/ 3A dalam peperiksaan STPM bagi pengajian program ijazah
- Minima PNGK 3.00 dari university yang diiktiraf bagi pengajian program Sarjana
- Mempunyai rekod baik dalam aktiviti ko-kurikulum atau perkhidmatan komuniti social
- Komunikasi interpersonal yang baik serta kemahiran kepimpinan yang baik.
- Tidak ada bantuan kewangan dari agensi lain, khusus untuk pengambilan pelajar baru ( yayasan, Matrikulasi, Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah, Sarjana ) university awam dan swasta.
Pengajian Yang Layak Memohon Biasiswa
- Pengurusan Perniagaan ( Keusahawanan )
- Pentadbiran Perniagaan ( Perbankan & Kewangan Islam )
- Pentadbiran Perniagaan ( Perancangan Kewangan Islam )
- Pentadbiran Perniagaan ( Insurans )
- Perakaunan
- Cukai
- Kepimpinan
- Kerajaan & dasar Awam
- Ekonomi
- Sains Politik
- Sains Sosial
- Undang-undang
- Syariah
Jenis Biasiswa adalah meliputi :
- Biasiswa Penuh : Meliputi tuisyen, perbelanjaan sara hidup dan pengecualian penuh keatas pendaftaran semua dan yuran tahunan
- Dermasiswa : Meliputi yuaran pengajian sahaja, anugerah ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
Cara memohon
- Untuk membuat permohonan perlu mengisi borang permohonan muat turun DISINI
- Menghantarnya ke alamat :
Yayasan Cemerlang
Aras 4, Blok D,
Capital Square, No 8,
Jalan Munshi Abdullah,
50100 Kuala Lumpur
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari 2013
Untuk maklumat lanjut anda digalakkan merujuk Iklan penuh di Laman rasmi Yayasan Cemerlang atau hubungi email [email protected] .
5 thoughts on “Permohonan Biasiswa Yayasan Cemerlang 2013”
boleh…selepas keluar keputusan nnti..cpt2 r mohon..sya merupakan pelajar tajaan yayasan tun rahah ni..sungguh berbaloi..pastikan pointer awak tu 3.75 ke atas unx matriks…sbb roomate sya dpt 3.83..bwu dy dpt..sy bkas plajar stpm…3.75..jnji awak memenuhi kriteria yg diberi
wah seronoknya.. bertuah sbb dpt biasiswa tu.
Salam,saya pljr SPM 2012,tapi keputusan SPM blm keluar,blhkah saya guna trial SPM untuk memohon?
saya skrg student matrikulasi sesi 2012/2013 blh x mohon biasiswa yayasan cemerlang??
assalamualaikum,,maaf ingin bertanya..
saya seorang pelajar asasi 2 tahun..tapi sekarang saya masih ada 1 semester dan akan masuk degree pada bulan 9 2013..soalan saya,,boleh tak saya mohon biasiswa ni sebelum saya tamat foundation?menggunakan maklumat spm dan cgpa foundation yang sedia ada?
ataupun saya perlu menunggu sehingga tamat asasi?
Harap membantu,terima kasih