Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Yayasan ini adalah dibawah Jabatan Perdana Menteri, Biasiswa ini dibahagi kepada 3 jenis iaitu :

  • Biasiswa peneraju Tunas Geliga – Pelajar sekolah rendah
  • Biasiswa Tunas Iltizam- Kurang cenderung akademik, tetapi berpotensi dari segi kemahiran
  • Biasiswa peneraju Tunas Potensi – Pelajar lepasan SPM/STPM

Tujuan utama program biasiswa Peneraju Tunas adalah bertujuan untuk memastikan bakat-bakat modal insan dari persekitaran yang mencabar dan/atau dari golongan berpendapatan rendah dan pertengahan mendapat akses kepada peluang pendidikan berkualiti berdasarkan keperluan pembangunan negara menerusi penempatan di institusi-institusi yang sesuai dan yang mempunyai struktur pembangunan modal insan yang meningkatkan dan juga menguatkan kemahiran insaniah dan kepimpinan.

Peneraju Tunas menyasarkan pemupukkan dan pembangunan bakat-bakat melalui program berstruktur untuk membolehkan pemaksimuman potensi pelajar-pelajar dan penyediaan peluang termasuk bimbingan pemupukkan dan inisiatif-inisiatif sokongan. Teras Peneraju Tunas ini akan menyediakan biasiswa untuk para pelajar dalam pelbagai bidang terutamanya dalam kursus yang membawa kepada bidang pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Sejajar dengan aspirasi program, Peneraju Tunas akan memastikan yang bakat-bakat tersebut akan meneruskan penglibatan secara langsung dengan komuniti dan memastikan yang aliran bakat ini akan berterusan.

Peneraju Tunas Geliga

Peringkat Sekolah Rendah ke Sekolah Menengah – pelajar berprestasi sederhana berpotensi dari latarbelakang keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana akan disalurkan ke sekolah yang berkualiti tinggi.

Sila klik di sini untuk MAKLUMAT LANJUT mengenai program biasiswa Peneraju Tunas Geliga.

Pendaftaran dibuka mulai 15 September 2013 sehingga 11 Oktober 2013.

Peneraju Tunas Iltizam

Diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang cenderung ke arah akademik tetapi mempunyai potensi untuk dibangunkan dari segi kemahiran dan vokasional. Ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan penglibatan pelajar-pelajar ini dalam gejala sosial.

Sila klik di sini untuk MAKLUMAT LANJUT mengenai program Peneraju Tunas Iltizam.

Pendaftaran untuk program ini adalah dibuka sepanjang tahun.

Untuk memohon, sila muat turun borang di sini dan hantarkan melalui pos ke pejabat kami di:

     Peneraju Tunas Iltizam

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

26-1, Mercu UEM

Jalan Stesen Sentral 5

Kuala Lumpur Sentral

50470 Kuala Lumpur

Peneraju Tunas Potensi

Program ini merupakan satu program biasiswa untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti.

Sebagai pemegang biasiswa Peneraju Tunas Potensi, pelajar terpilih akan mendapat:

  • Biasiswa penuh
  • Program pemupukkan dan pembangunan pelajar

Sila klik di sini untuk MAKLUMAT LANJUT mengenai Peneraju Tunas Potensi.

Pendaftaran seterusnya untuk program ini akan dibuka pada bulan April 2014.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here