Bagi yang berminat dan berkelayakan, Yayasan Tenaga Nasional membuka pemohonan kepada warganegara untu biasiswa dalam Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN ) kemasukan 2012.
Bidang Pengajian
Program Universiti Luar Negara
Ijazah Sarjana Muda:-
- Kejuruteraan Elektrik Kuasa
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Awam
- Perakaunan
Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Asas Kejuruteraan:-
- Kejuruteraan Elektrik Kuasa
- Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Awam
- Sains Komputer
Asas Bukan Kejuruteraan:-
- Teknologi Maklumat
- Perakaunan
- Kewangan
- Pengajian Bisnes
Syarat AM Permohonan Biasiswa YTN
Program Universiti Luar Negara
- Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun 2012
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
- Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
- Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2012
- Sama seperti (ii), (iii) dan (iv) di atas
Kelayakan Akademik
Program Universiti Luar Negara
Bagi Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Lulus peperiksaan SPM 2011 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
Kejuruteraan
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
Perakaunan
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- 3 subjek pilihan dari berikut:- Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi
- dan 1 subjek pilihan dari berikut:- Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
Calon-calon yang terpilih akan mengikuti kursus persediaan dalam negara.
Bagi Calon Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Lulus STPM 2011 dengan mencapai gred A (NGMP 4.00) dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
Kejuruteraan
- Pengajian Am
- Fizik
- Kimia
- Matematik T / Matematik Lanjutan T
Perakaunan
- Pengajian Am
- Perakaunan
- 2 subjek pilihan lain
Serta lulus SPM 2009 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi A dalam 4 subjek berikut:-
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
Program Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
Lulus SPM 2011 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam subjek-subjek Bahasa Inggeris dan Matematik serta mendapat sekurang-kurangnya A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
Kejuruteraan
- Bahasa Melayu
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
Bukan Kejuruteraan
- Bahasa Melayu
- dan 3 subjek pilihan dari berikut:- Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Islam / Pendidikan Moral / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara “on-line” laman web YTN seperti berikut: http://yayasan.tnb.com.my/sam
Tarikh-Tarikh Penting
Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mac 2012. (Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan)
Sila semak laman web YTN bagi pemakluman perkara-perkara berikut :
- Bengkel Pemilihan Program Universiti Luar Negara mulai jam 2 ptg, 2 April 2012
- Bengkel Pemilihan Program UNITEN mulai jam 2 ptg, 5 April 2012
- Temuduga Program Universiti Luar Negara mulai jam 10 pg, 9 April 2012
- Temuduga Program UNITEN mulai jam 10 pg, 16 April 2012
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, pemohon dinasihatkan untuk melihat iklan penuh serta berhubung terus melalui no tel yang disediakan. ( KLIK SINI )