

PLKN nama yang tidak asing untuk pelajar, kami ada menerima pertanyaan berkaitan permohonan serta borang tangguh PLKN. Sebelum itu, Program Latihan Khidmat Negara PLKN merupakan salah satu program anjuran kerajaan menerusi Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi memberi latihan kemahiran diri serta disiplin yang lebih baik kepada peserta.
Menurut JLKN Objektif PLKN adalah :
- Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
- Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
- Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
- Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
- Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
Anak buah saya mendapat tawaran ke plkn bg kumpulan 3 siri 14/2017, bagaimana saya hendak mendapatkan borang pengguhan? dia tidak dapat menyertai program tersbut atas sebab sambung belajar ke ipt dan kemasukan pada 03 april 2017 lalu.. dimana bolah saya dapatkan borang tersebut? boleh tuan tolong emel kan kepada saya?
Penangguhan dan Borang Tangguh PLKN
Menjawab pada pertanyaan dari pelawat, kami ada bertanya pada pelatih PLKN lain serta pertanyaan email pihak berkaitan. Jika dahulu borang tangguh PLKN disediakan oleh pihak PLKN. Untuk terbaru ini, borang penangguhan tidak disediakan.
Sejak perlaksanaan PLKN secara sukarela baru-baru ini, borang penangguhan tidak lagi disediakan kerana pemohon berkeupayaan untuk menerima dan menolak tawaran yang diberikan. Jika mengikut pengetahuan kami, kebiasannya satu borang persetujuan akan dilampirkan bersama dengan surat tawaran PLKN. Sekiranya calon tidak dapat melapor diri seharusnya membalas surat tersebut dengan makluman tidak bersetuju.
Altenatif lebih baik jika penjaga menghubungi terus Jabatan Latihan Khidmat negara samaada melalui panggilan atau email untuk memaklumkan masalah dan penolakan yang dibuat. Kebiasannya masalah ingin membuat penangguhan ini timbul apabila pelajar mendapat tawaran universiti dan menjangkakan tidak dapat hadir sekiranya tawaran PLKN dikeluarkan. Untuk itu, calon sepatutnya menunggu dahulu surat tawaran keluar disamping melapor diri ke universiti seperti biasa sebelum membalas suarat tawaran tersebut menyatakan tidak setuju.
Permohonan PLKN
Sejak perlaksanaan PLKN secara sukarela, calon sendiri boleh memohon untuk mengikuti PLKN. Baru-baru ini guru sekolah juga diminta untuk mendaftarkan calon SPM yang ingin ke PLKN selepas peperiksaan mereka. Data pelajar yang berminat diminta dihantar melalui online untuk memberi kemudahan kepada pelajar yang ingin mengikuti PLKN.
Selain itu, sebaiknya pelajar boleh terus ke laman rasmi JLKN untuk membuat permohonan. Borang permohonan online juga disediakan dan cara mengisi juga ada dinyatakan.
Selain itu, sebaiknya calon bertanya terus ke JLKN menerusi email dan no telefon yang diberi, kakitangan PLKN akan segera membalas sebarang pertanyaan kebiasannya pada hari yang sama bekerja.