Anda minat untuk memohon dalam Tentera Laut Diraja Malaysia? Satu permohona dibuka secara online kepada sesiapa berminat dan memenuhi syarat. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki dan wanita di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.
Kelayakan Akademik
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaranMatematik, Sains dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Lain- lain kelayakan ( Maklumat lanjut )
Keistimewaan LLP TLDM
- Pakaian seragam percuma.
- Makan dan tempat tinggal percuma.
- Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
- Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga.
- Bayaran insentif bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
- Bayaran insentif Semenanjung Malaysia (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
- Peluang mengikuti Pengajian di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.
- Kemudahan pinjaman Perumahan, Kenderaan dan komputer.
Bagaimana Memohon?
Untuk membuat permohonan anda hanya perlu ke www.jobmalaysia.gov.my Tarikh tutup permohonan adalalah 1 Oktober 2014 ini.
Untuk memohon, anda perlu login di laman web tersebut dan klik pada tab Pencari Kerja, Setelah login anda perlu scroll kebawah dan pilih pada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada bar Pilihan Sektor Pekerjaan dan klik pada butang Kemaskini, seterusnya klik pada button Berikut > sehingga pada page Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sila pilih jenis jawatan sebagai Laskar Muda TLDM dan klik pada Berikut> sehingga selesai kemaskini.
Maklumat lanjut dan pertanyaan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 6925
Laman Web: www.navy.mil.my
Semoga Berjaya
Saya sangat berminat untuk memohon TLDM