Permohonan Diploma dan Sarjana Muda UPSI 2019

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu tawaran menarik dibuka UPSI bagi permohonan kemasukan Diploma dan Program Sarjana muda. Permohonan ini sesuai bagi mereka yang masih belum layak kemana-mana universiti. Program yang ditawarkan juga banyak dan ianya memberi banyak pilihan kepada pemohon.

Permohonan kemasukan ini dibuka adalah untuk dua (2) tahap pengajian iaitu:

  1. Diploma Sesi Akademik 2018/2019 (November)
  2. Sarjana Muda Sesi Akademik 2018/2019 (Februari)

Tarikh permohonan kemasukan ini dibuka adalah mengikut jenis permohonan iaitu:

  1. Diploma Sesi Akademik 2018/2019 (November) – 5 September 2018 – 5 Oktober 2018
  2. Sarjana Muda Sesi Akademik 2018/2019 (Februari) – 5 September 2018 – 5 November 2018
Info Tambahan :  Langkah-Langkah Kerjaya Berjaya di LinkedIn 2023
Permohonan UPSI
Permohonan UPSI

Program Diploma

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan/MyKad sahaja yang layak mengemukakan permohonan
  • Memenuhi syarat kemasukan am dan khas bagi setiap program yang dimohon
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana Universiti Awam (UA) tidak dibenarkan memohon.

Program Sarjana Muda

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan/MyKad sahaja yang layak mengemukakan permohonan
  • Memenuhi syarat kemasukan am dan khas bagi setiap program yang dimohon
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana Universiti Awam (UA) tidak dibenarkan memohon
  • Bagi yang memohon program Sarjana Muda Pendidikan, syarat tambahan:
  1. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 Tahun pada 11 Februari 2018
  2. Sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal, dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk pengajian ini.
  3. Wajib menduduki Ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan
  4. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon
Info Tambahan :  Bekerja dari Rumah: Cara Menjadi Produktif

Senarai Kursus dan maklumat lanjut permohonan

Sekiranyaanda berminat untuk mengetahui senarai kursus dan cara memohon ada  baiknya anda rujuk di http://www.upsi.edu.my/online/ klik pada tab “ panduan permohonan “. Maklumat yang disertakan lengkap dan boleh membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *