Permohonan Diploma Eksekutif 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan Diploma Eksekutif 2013 1
MARA

Info ringkas ini kepada yang berminat dalam mengikuti Diploma Eksekutif yang dikelola Majlis Amanah Rakyat MARA dengan kerjasama Open University Malaysia OUM. Permohonan dibuka melalui borang yang disediakan untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa untuk tahun 2012/2013.

Program yang ditawarkan

Program Diploma Eksekutif yang ditawarkan ini adalah seperti :

  • Program Diploma Eksekutif Pengurusan Peruncitan
  • Program Diploma Eksekutif Pegurusan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Program Diploma Eksekutif Pengurusan Peruncitan

Program ini akan berlangsung secara sepenuh masa di OUM selama 10 bulan dan kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera
  • Berumur diantara 21 hingga 35 tahun
  • SPM ( 3 kredit ) dengan 3 tahun pengalaman bekerja/ berniaga ATAU
  • STPM ( 2 prinsipal ) dengan 2 tahun pengalaman bekerja/ berniaga
  • Pemegang Diploma/ Ijazah digalakkan memohon
  • Sihat tubuh badan dan disahkan oleh doktor bertauliah.
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang, senarai hitam dan bankrap
  • Pemohon akan dinilai melalui temuduga bagi melayakkan diri menyertai program ini.
Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

Program Diploma Eksekutif Pegurusan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Program ini dirangka bagi memberi bimbingan dan pendedahan secara eklusif berhubung dengan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di TASKA dan TADIKA yang mana ia akan berlangsung selama 10 bulan secara sepenuh masa. Permohonan adalah mengikut syarat berikut :

  • Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera
  • Berumur diantara 21 hingga 35 tahun
  • SPM ( 3 kredit ) dengan 3 tahun pengalaman bekerja/ berniaga ATAU
  • STPM ( 2 prinsipal ) dengan 2 tahun pengalaman bekerja/ berniaga
  • Pemegang Diploma/ Ijazah digalakkan memohon
  • Sihat tubuh badan dan disahkan oleh doktor bertauliah.
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang

Cara memohon

Untuk membuat permohonan bolehlah muat turun borang permohonan di laman rasmi MARA ataupun boleh muat turun dibawah :

Info Tambahan :  6 Kemahiran Hidup Powerful di Kampus Universiti

Setelah mengisi dan melengkapkan borang, permohonan perlu dihantar ke Pengarah, Bahagian Pembangunan Usahawan, Tingkat 23, Bangunan Medan MARA, 21 Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Oktober 2012

Untuk maklumat lanjut anda digalakkan menghubungi pihak MARA atau ke laman rasmi MARA, diharapkan permohonan diterima dan peluang untuk menjadi usahawan akan lebih terbuka luas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *