Satu permohonan menarik bagi yang ingin melanjutkan pelajaran ke Kolej Profesional MARA KPM . Kolej Profesional Mara merupakan institusi kemahiran profesional dibawah MARA yang lebih berteraskan kemahiran yang menawarkan pengajian tinggi.
Program Diploma KPM
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ mulai 14 Oktober 2019 (Isnin) jam 3.00 petang hingga 15 November 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang.
- Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
- Pemohon hanya boleh memohon program pengajian peringkat diploma yang ditawarkan oleh pihak MARA seperti dibawah :
- Maklumat lanjut dan pertanyaan boleh terus ke http://apponline.mara.gov.my/upimonline/Syarat/PanduanJan20.pdf
PROGRAM PERSEDIAAN INTENSIF BAHASA INGGERIS (INTENSIVE ENGLISH PROGRAMME, IEP) KEMASUKAN JANUARI 2020
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ mulai 14 Oktober 2019 (Isnin) jam 3.00 petang hingga 31 Disember 2019 (Selasa) jam 5.00 petang.
- Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
- Pemohon hanya boleh memohon program pengajian peringkat persediaan iaitu Program Intensif Bahasa Inggeris (Intensive English Programme, IEP) yang ditawarkan oleh pihak MARA.
- Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
Program dan lokasi program : Program Intensif Bahasa Inggeris (Intensive English Programme, IEP) KPM Ayer Molek, Melaka