Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Bagi calon yang berminat untuk lebih mendalami bidang Tahfiz Al-Quran untuk kemasukan sesi 2012/2013. Permohonan telah dibuka bagi memberi peluang kepada yang berkelayakan.
Darul Quran merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.
Kursus Yang Ditawarkan:
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat.
Syarat-Syarat Permohonan:
Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.
Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
- Bahasa Melayu,
- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam,
- Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi dan,
- Lulus Bahasa Inggeris atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan SPM.
Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.
Yuran Pengajian:
Yuran pengajian tidak dikenakan. Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.
Cara Memohon
Permohonan secara atas talian (online) boleh diisi melalui laman sesawang:
a) http://www.darulquran.gov.my/
b) http://www.islam.gov.my/ atau terus ke SISTEM PERMOHONAN
Ujian & Temuduga:
Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk temuduga dan menduduki ujian bertulis. Sila semak senarai nama dalam talian dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa temuduga.
Tarikh Tutup Permohonan:
Tarikh tutup permohonan 1 April 2012.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Telefon: 03-60635333 atau 03-60635349 / 5350 / 5351
Faks: 03-60645497
Makluman:
• Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 7 Mei 2012 adalah dianggap tidak berjaya.