

Bagi yang berminat menyambung Diploma, UPSI ada menyediakan permohonan untuk sesi November 2012 ini. Permohonan Diploma di UPSI Universiti Pendidikan sultan Idris ini dikhaskan kepada calon lulusan atau lepasan SPM/setaraf untuk memohon pengajian bermula November 2012/2013 ini.
Program Pengajian yang dibuka
- Diploma Sains
- Diploma Teknologi Makmal
- Diploma Bahasa Inggeris
- Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
- Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
– Tempoh Pengajian 3 tahun
Adakah ni kursus perguruan?
Tidak, kadangkala UPSI menganjurkan program “ Open Market “ dimana ia terbuka untuk bidang pekerjaan lain, untuk menjadi seorang pendidik seharusnya mempunyai Ijazah Pendidikan.
Syarat Kemasukan Diploma
Untuk syarat kemasukan diploma ke UPSI boleh rujuk maklumat lengkapnya disini
Bagaimana Cara Memohon?
Untuk membuat permohonan, terlebih dahulu perlu membeli nombor pin/Bitara di Bank Simpanan Nasional BSN terdekat. No Bitara tersebut harganya adalah RM 26.00 dan boleh dibeli terus di kaunter atau menggunakan cara mesin ATM/ SMS Bangking. Slip pembayaran perlu disimpan untuk rujukan dan no pin yang diberikan nanti perlu diguna sebelum megakses permohonan online UPSI.
Tarikh Permohonan dan Alamat Permohonan
Setelah mempunyai nombor bitara, permohonan boleh dibuat di Permohonan UPSI KLIK SINI mulai 19 September 2012 ( Rabu ) sehingga 30 September 2012 ( ahad ). Tarikh akhir menghantar perakuan permohonan online & Dokumen ke Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah pada 13 Oktober 2012 .
Pertanyaan
Untuk sebarang Pertanyaan atau maklumat lebih jelas, anda digalakkan ke Laman Rasmi Permohonan atau rujuk Iklan Penuh permohonan atau hubungi :
Unit Kemasukan ,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Aras Bawah, Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris ,
35900 Tanjong Malim ,
Perak .
Malaysia
Email : [email protected]
Tel : 05-4506932 / 05-4506929 / 05-4506930
Fax : 05-4582670
Semoga permohonan anda ke Diploma di UPSI berjaya dan merupakan lembaran baru dalam meningkatkan pengetahuan akademik dan masa depan yang cerah.
Assalamualaikum nak tanya. Saya telah mengambil kursus dip teknologi makmal. Adakah dia sama dengan dip teknologi makmal perubatan. Ataupun berbeza? Apa pekerjaan yang boleh saya sambung dengan course ni dan juga degree apa yang boleh saya sambung kelak?
Assalamualaikum..
saya nak tanya , bila yea permohonan kemasukan diploma sesi november bagi tahun ini dibuka .. ?
Waalaikumussalam, dah buka cuba rujuk artikel baru di Xpresi.org
aslm, saya merayu semoga permohonana saya masiuk diploma pendidikan awal kanak-kanak dapat diperimbangkan nama say dapat di calunkan dalam kemasukan bulan jun 2014 ni
Ni masuk bila ek? Utk calon lepasan spm 2011 leh?