

Bagi yang tertunggu untuk permohonan DPLI atau dahulunya dikenali KPLI. Permohonan DPLI/KPLI dibuka khasnya bagi sekolah rendah jQaf untuk tahun 2012. Permohonan DPLI jQaf ini bagi memenuhi keperluan guru agama yang mengajar subjek seperti Bahasa Arab, Pendidikan Islam atau Pendidikan Khas j-QAF. Program pengajian ini dinamakan sebagai Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah ( DPLI-SR ) j-QAF. Latihan yang diberikan adalah latihan perguruan berasaskan sekolah 9 LPBS ) yang mana tempoh pengajian adalah 18 Bulan.
Maklumat penting lain
Untuk sedikit info, beberapa maklumat penting dipetik dari sumber adalah seperti dibawah :
Syarat kelayakan Asas
- Warganegara Malaysia.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA.
- Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
Keutamaan
- Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.
- Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
- Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
- Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara
Calon tidak layak memohon
- Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
- Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Calon yang diisytihar bankrap.
- Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
Cara memohon
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari Sistem Permohonan DPLI- jQAF Kementerian Pelajaran Malaysia : mulai 26 September 2012 (Rabu) mulai jam 9.00 pagi.
- Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
- Pemohon dinasihatkan melayari Sistem Permohonan DPLI j-QAF bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Tarikh tutup Permohonan ialah 3 Oktober 2012 ( rabu ) jam 11.59 malam. Sumber : KPM
Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas, anda dinasihatkan untuk merujuk terus Laman KPM atau hubungi:
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03-88841260/1230/1249/1253/1259/1280
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No Telefon : 088-236804
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak.
No Telefon : 082-258045
Semoga permohonan untuk menjadi pendidik melalui DPLI atau dahulunya dikenali sebagai KPLI ini diterima dan memulakan pengajian baru DPLI pada tahun hadapan 2013.