Permohonan GURU INTERIM bahasa Inggeris kementerian Pendidikan Malaysia 2019

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu permohonan Guru interim untuk mata pelajaran bahasa Inggeris dibuka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tahun 2019.  Permohonan dibuka ini sehingga Tarikh tutup 15 Februari 2019 iaitu hari Jumaat sebelum 11.59 malam.

Permohonan Guru Interim
Permohonan Guru Interim

Permohonan perlu dibuat menerusi aplikasi permohonan yang disediakan dan keputusan permohonan akan dimaklumkan sebelum 15 March 2019 sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklumat selepas 15 March 2019 adalah dianggap tidak berjaya.

Tempoh interim untuk guru Bahasa Inggeris Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2019 ini ialah selama 3 tahun sahaja.

Syarat-syarat permohonan dan syarat-syarat kelayakan asas adalah seperti berikut  :

Calon-calon hendaklah:

  • 2.1 Warganegara Malaysia;
  • 2.2 Sihat tubuh badan;
  • 2.3 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Februari 2019;
  • 2.4 Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Bahasa Inggeris sahaja dengan CGPA minimum 2.5 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan IKLAN PENGAMBILAN GURU INTERIM MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2019
Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN GURU INTERIM

Calon-calon hendaklah:

2.1 Warganegara Malaysia;

2.2 Sihat tubuh badan;

2.3 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Februari 2019;

2.4 Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah

Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Bahasa Inggerissahaja dengan CGPA minimum 2.5 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;

2.5 Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda daripada IPTS tempatan dan institusi luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendididikan Malaysia yang boleh dimuatturun daripada laman web di alamat:

i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan

ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/; dan

2.6 Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaranBahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia.
  • Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM.
  • Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
  • Calon yang diisytiharkan bankrap atau pernah disabitkan
  • dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
  • DG41.
Info Tambahan :  Cuti Sabatikal: Apa Itu dan 3 Cara Bagaimana

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web IPGM di alamat:

https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 7 Februari 2019.

  • Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/
  • manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.

Maklumat Lanjut Permohonan

Anda dinasihatkan supaya merujuk Iklan rasmi permohonan ( Maklumat Lanjut )

One thought on “Permohonan GURU INTERIM bahasa Inggeris kementerian Pendidikan Malaysia 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *