Permohonan Guru Kontrak Bahasa Inggeris 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dibawah MBMMBI, permohonan guru kontrak dibuka untuk subjek bahasa inggeris untuk kemasukan tahun 2013 Terengganu. Permohonan dikhaskan kepada guru-guru bahasa inggeris yang telah bersara sehingga 31 Dec 2012. Untuk memohon perlulah menggunakan borang khas ( lampiran B ) dan hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat-syarat memohon

  • Pesara wajib Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ( PPPS ) atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma ( PPLD ) yang telah dan akan bersara wajib sebelum 1 Januari 2013 di sekolah-sekolah dalam daerah.
  • Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan ( LNPT ) bagi tahun terakhir ialah 80 peratus dan keatas.
  • Mempuyai opsyen pengajian Bahasa Inggeris dan berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris
  • Bebas dari tindakan tatatertib sepanjang perkhidmatan.
Info Tambahan :  Temuduga Kerja 2023: Bagaimana untuk Bersedia?

Cara Memohon

Untuk memohon perlu mengisi brang permohonan yang disediakan, selain itu pemohon perlu mengemukakan dokumen seperti.

  • Salinan kad pengenalan
  • Laporan pemeriksaan kesihatan
  • Laporan Nilaian Prestasi Tahunan ( tahun terakhir )
  • Salinan Buku Rekod Perkhidmatan ( yang dikemaskini )
  • Kelulusan Semula Faedah Persaraan/ Kelulusan Faedah Persaraan
  • Salinan Kew. 8 Terakhir ( gaji terakhir semasa pegawai bersara.

Maklumat lanjut

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 15 Januari 2013 dan sila rujuk surat siaran IKLAN PENUH dan muat turun borang khas permohonan untuk maklumat lanjut dan permohonan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top