Permohonan Guru Sandaran Terlatih GST atau Tidak terlatih GSTT

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Guru Sandaran Terlatih ( GST ) atau Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT )merupakan pilihan mereka yang ingin menceburi bidang pendidikan. Membuat permohonan melalui GST dan GSTT ini mengukuhkan lagi sokongan untuk pemohon mendapat kelayakan untuk menjadi guru sebenar yang dilantik.

Konsep Guru GST dan GSTT

Guru Sandaran Terlatih merupakan lepasan Ijazah pendidikan yang mana belum lagi menjalani proses prosedur wajib seperti temuduga dan peperiksaan khas untuk sah jawatan. Guru Sandaran Terlatih atau GST ini melalui tempoh percubaan sebelum dilantik apabila lulus tapisan temuduga dan peperiksaan.

Info Tambahan :  Perbezaan Sekolah Wawasan, Kluster, Primier, Bestari, dan SBT

Guru sandaran Tidak Terlatih GSTT pula ialah lepasan sekitar SPM hingga Ijazah yang mana diambil atas dasar mengisi kekosongan sementara guru sedia ada kebiasanya bercuti sakit, bersalin atau masalah kekurangan kritikal biasanya  dikawasan pedalaman.

Guru Sandaran Tidak Terlatih GSTT adalah bersifat sementara dan kontrak, namun demikian ada pendapat mengatakan sekiranya lama dan berpengalaman menjadi GSTT ini membantu dalam permohonan menjadi guru sebenar. Sepanjang tempoh kebelakangan ini ada beberapa siri pengambilan secara terus GSTT diserap menjadi guru sebenar bagi menghargai sumbangan cemerlang dan pengalaman lama menjadi GSTT.

Tidak Ada Lagi Pengambilan GST dan GSTT

Konsep terbaru kini mulai 2012, satu konsep diperkenal sebagai Guru Interim yang mana konsepnya seakan sama dengan Guru Sandaran Terlatih GST diperkenal. Oleh demikian melalui sumber KPM, mulai 2012 tidak ada lagi pengambilan untuk Guru Sandaran Terlatih GST ataupun Guru Sandaran Tidak Terlatih GSTT – Sumber : Bahagian Pengurusan Maklumat KPM

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Mungkin ini merupakan berita buruk kepada yang tertunggu selama ini, dengan itu juga ia seperti menggambarkan tidak ada juga bagi pengambilan saluran lain melainkan melalui kaedah pelantikan secara tetap selepas calon lulus urusan temuduga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

3 thoughts on “Permohonan Guru Sandaran Terlatih GST atau Tidak terlatih GSTT

  1. Is any temporarily teaching positions available either in government or private school. Please make contact me through email.

Leave a Reply to xoxo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *