Mungkin maklumat ini menarik bagi yang ingin jadi guru. Satu permohonan guru vokasional dibuka secara interim kepada sesiapa yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Pengambilan ini adalah bagi memenuhi jawatan di Kolej-Kolej Vokasional KPM bagi memenuhi keperluan pendidikan.
Permohonan Guru Vokasional
Bagi yang berminat bolehlah segera ke pautan yang disediakan dan memohon. Untuk makluman, guru yang dilantik adalah Interim.
Butiran Permohonan
- Tajuk : Pengambilan Guru Vokasional secara interim untuk ditempatkan di Kolej Vokasional KPM Ambilan Tahun 2016.
- Nama Perjawatan: Guru Vokasional Secara Interim
- Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.
- Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan.
Syarat-syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
- Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
- lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional Universiti Awam (UA) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ke atas;
atau
- lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki SKM Tahap 3 ke atas; atau
- lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional IPTS yang ada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi tidak memiliki SKM;
atau
- lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional UA/IPTS yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan dan tidak memiliki SKM.
Bidang-bidang yang ditawarkan
- Elektrik
- Elektronik
- Kimpalan
- Automotif
- Pemesinan Industri
- Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
- Pembinaan
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Awam
- Pelancongan
Keutamaan adalah kepada calon yang mempunyai SKM dan pengalaman bekerja di industri dalam bidang berkaitan.
Pemohon yang memiliki ijazah daripada institusi luar Negara atau IPTS tempatan perlu memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan merujuk kepada laman web KPT di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/.
Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
Cara Mohon
Jika anda berminat ada baiknya anda dapatkan dahulu maklumat penuh iklan ( Maklumat Lanjut ).
Jika anda mula faham dan ingin memohon bolehlah untuk ke
http://www.jobsmalaysia.gov.my/
Permohonan mulai 24 Julai – 7 Ogos 2016