Permohonan I-Saraan KWSP RM250 Bagi Individu Yang Bekerja Sendiri/ Suri Rumah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan I-Saraan KWSP RM250 bagi individu yang bekerja sendiri/ suri rumah boleh dibuat atau dipohon secara sukarela. Permohonan I-Saraan KWSP RM250 bagi individu yang bekerja sendiri/ suri rumah yang TIADA pendapatan tetap. Caruman secara sukarela ini bagi memastikan semua pencarum mempunyai wang simpanan untuk masa hadapan. 

TAHUKAH ANDA!!!

I-Saraan KWSP sebelum ini dikenali sebagai Skim Simpanan Pesaraan 1 Malaysia (SP1M). Caruman I-Saraan ini adalah caruman sukarela dan TIADA paksaan.

Permohonan I-Saraan KWSP RM250 Bagi Individu Yang Bekerja Sendiri/ Suri Rumah

I-Saraan kwsp

Dalam setiap permohonan pasti mempunyai syarat permohonan I-Saraan KWSP ini. Justeru itu, setiap pemohon WAJIB mengetahui setiap satu syarat permohonan.

Antara syarat permohonan I-Saraan KWSP ini adalah seperti berikut:-

  • Individu yang bekerja sendiri atau TIADA pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
  • WARGANEGARA Malaysia
  • Berumur KURANG daripada 55 tahun
  • Caruman mengikut kemampuan sendiri secara sukarela, pada bila-bila masa sehingga jumlah maksimum caruman sukarelawan sebanyak RM60,000 setahun 

Sekiranya anda mencarum dalam I-Saraan KWSP ini anda akan memperoleh sumbangan kerajaan sebanyak 15% setahun atau sehingga jumlah MAKSIMUM RM250 setahun. Justeru itu, amatlah DIGALAKKAN bagi mereka yang TIADA pendapatan tetap mahupun suri rumah untuk mencarum dalam I-Saraan KWSP ini.

Manfaat I-Saraan KWSP

Manfaat yang anda perolehi I-saraan KWSP ada banyak dan kebanyakan manfaat I-saraan ini adalah menerusi manfaat daripada kerajaan. Justeru itu, anda WAJIB ketahui manfaat I-Saraan sebelum anda mencari. Antara Manfaatnya adalah seperti :-

  • Pencarum akan menerima dividen tahunan seperti pencarum yang mencarum dibawah caruman syarikat yang berdaftar
  • Mendapat bantuan kematian sekiranya pencarum meninggal dunia
  • Pencarum juga mempunyai pelepasan cukai sekiranya anda mencarum dengan KWSP
  • Pengeluaran Simpanan (Akaun 2) sama seperti pencarum yang lain 
Info Tambahan :  MARA : Program Pemulihan Kredit 2021

PERINGATAN!!!

Setiap manfaat caruman ini adalah mengikut terma dan syarat-syarat yang telah dikeluarkan oleh pihak KWSP.

“Wang Simpanan ini adalah bagi membantu anda untuk emmbuat simpanan kewangan untuk masa haddapan”

Cara memohon I-Saraan KWSP

I-Saraan kwsp

Individu yang LAYAK boleh mendaftar sebagai ahli KWSP I-Saraan di mana-mana kaunter KWSP yang berdekatan. Walaubagaimana sekalipun, semasa musim PKP 3.0 ini anda WAJIB melakukan temujanji dahulu sebelum menghadirkan diri ke kaunter KWSP yang berdekatan. 

Antara dokumen yang perlu dibawa semasa melakukan permohonan adalah seperti:-

  • Kad Pengenalan Baru
  • Borang I-Saraan KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang I-Saraan KWSP 6A (2) (Semasa Bayaran)

Pembayaran Caruman I-saraan KWSP

Terdapat 3 cara untuk melakukan pembayaran caruman ini. Pencarum itu sendiri perlu memilih cara untuk melakukan pembayaran caruman. Justeru itu, pilihlah cara pembayaran caruman I-saraan yang TIDAK membebankan anda atau memudahkan urusan anda.

Antara cara pembayaran caruman adalah dengan cara:-

  • Pembayaran melalui tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, BSN dan RHB)
  • Pindahan wang melalui perbankinternet oleh bank yang dilantik (MBB dan PBB) 
Info Tambahan :  GIATMARA : Syarat Kelayakan Kemasukan Giatmara Malaysia 2021

Senarai Golongan Yang Layak Untuk Membuat Caruman I-Saraan

Senarai golongan yang layak untuk membuat caruman ini ada banyak. Walaubagaimana sekalipun, setiap golongan itu WAJIB mengikuti syarat kelayakan permohonan seperti yang telah dinyatakan di atas.

Antara senarai golongan yang layak untuk membuat caruman I-saraan kwsp adalah :-

  • Nelayan/ petani/ penoreh getah
  • Pemandu teksi, Grab Food Rider, Food Panda Rider dll
  • Penjaja atau peniaga tepi jalan
  • Pengasuh bayi
  • Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
  • Freelancer
  • Bekerja sebagai dropship
  • Suri Rumah
  • Pekerja Pencen

Sebarang pertanyaan boleh dibuat menerusi:-

Laman web Rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my

Pusat Pengurusan Perhubungan 03-8922 6000

Diharapkan setiap perkongsian yang diberikan ini mampu membantu mereka untuk membuat simpanan wang untuk masa hadpaan. Walaupun, caruman ini BUKANLAH satu caruman yang WAJIB atau satu paksaan tetapi ianya sangat membantu untuk simpanan wang pada masa hadapan.

Segala manfaat yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah banyak dan berguna untuk semua. Justeru itu, ambillah peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan kerana ianya demi kebaikan semua. 

I-Saraan kwsp

“Rezeki itu datang dalam pelbagai cara, justeru itu sebagai hamba kita perlu BIJAK untuk memperolehi rezeki yang telah ALLAH janjikan”
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments