Permohonan Ijazah Perguruan PISMP Calon UEC, SMA dan SMU Jun 2012

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
PISMP KPM

Kementerian Pelajaran membuka satu permohonan khas untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada lepasan UEC, SMA dan SMU untuk sesi kemasukan Jun 2012.

Terbuka kepada calon lepasan  :

  • UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)
  • SIJIL MENENGAH AGAMA ( SMA ) atau SIJIL MENENGAH UGAMA ( SMU )

Program yang ditawarkan ialah Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian :

Struktur Program

  • Program Persediaan (Lapan Belas(18) Bulan/Tiga(3) Semester)
  • Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan(8) Semester)

Syarat dan kelayakan Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  4. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.

Syarat Tambahan

PISMP Bahasa Cina Pendidikan Rendah

  • Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
  • Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya  tiga (3) kepujian  di  peringkat  Sijil  Senior  Middle Level (UEC-SML).

PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

  • Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
  • Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian (JAYYID) di peringkat SMA atau SMU.

 Cara Memohon

Permohonan perlu dibuat secara online di Laman Rasmi Kementerian Pelajaran mulai 23 April 2012. Sebelum membuat permohonan terlebih dahulu perlu membeli PIN RM 6.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan mulai 23 April 2012.

Tarikh tutup permohonan : 2 Mei 2012

Maklumat Lanjut

Untuk Malukumat Lanjut anda dinasihatkan melawat iklan penuh dan maklumat penting lain di Sistem Permohonan Online.

atau

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E

KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)

No. Telefon : 03-88841260/1249/1246/1242/1245

 

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Cawangan Sabah

d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Peti Surat 10491

88805 Kota Kinabalu, Sabah

No Telefon : 088 236804

 

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Cawangan Sarawak

Jalan College

93259 Kuching, Sarawak

No Telefon : 082 258045

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x