Permohonan IKBN 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan IKBN 2013 1
IKBN

Bagi yang berminat memohon IKBN, permohonan IKBN untuk kemasukan IKBN 2013 telah dibuka. Permohonan ini adalah bagi sesi pengajian januari 2013. Permohonan adalah terbuka kepada belia warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun untuk mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil Kemahiran ( SKM/DKM/DLKM ) tahap 1 hingga 5, persijilan JKKP, Persijilan Suuhanjaya Tenaga ( ST ) dan diploma MQA di Institut Kemahiran Belia Negara.

Syarat Permohonan Utama

Untuk memohon maklumat dibawah adalah syarat utama permohonan :

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18-30 tahun
  • Tamat tingkatan 5
  • Sihat tubuh badan dan belum berkahwin.
Info Tambahan :  3 Bidang Industri Kreatif: Seni, Rekaan, dan Hiburan

Bidang-bidang ditawarkan

  • Teknologi mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi awam
  • Teknologi elektrik
  • Teknologi elektronik
  • Teknologi tekstil
  • Teknologi marin
  • Teknologi hospitaliti
  • Teknologi fotografi
  • Teknologi maklumat
  • Teknologi personal
  • Teknologi sukan
Permohonan IKBN 2013 2
IKBN di Perlis

Kelebihan dan kemudahan

  • Tambang penerbangan pelajar melibatkan perjalanan Sabah dan Sarawak
  • Elaun bulanan RM 100- RM 300 sepanjang tempoh pembelajaran
  • Penginapan, makanan dan minuman disediakan.

Cara memohon IKBN 2013

Permohonan boleh dibuat terus secara online, untuk membuat permohonan sila ke permohonan ke IKBN  atau terus ke Sistem permohonan IKBN 2013 . Perlu diambil perhatian bahawa tarikh tutup permohonan adalah pada 7 November 2012.

Diharapkan permohonan IKBN atau Institut Kemahiran Belia Negara yang dibuat diterima dan memberikan peluang untuk terus melanjutkan pelajaran dan berjaya.

9 thoughts on “Permohonan IKBN 2013

  1. ada cara lain tak untuk apply ke IKBN sebab link yg mohe.upu.gov itu saya sudah apply untuk IJTM jadi tidak boleh apply lagi…jadi ada cara lain tak arap ada yang boleh tolong…tq

  2. IKBN telah byk melahirkan pelajar2 yg mahir dlm bidang kemahiran.Dulu sy mnganggap universiti adalah laluan seterusnya utk ank2 lepasan SPM namun selepas melihat kwn menghantar ank mrk sy trpanggil utk mghantar ank saudara sy juga ke IKBN dan skrg ank saudara sy telah habis belajar dr IKBN Pagoh Johor.

      1. sye mahu permohonan untuk bulan august dan dapat mengikuti kursus yang tawarkan ini..

Leave a Reply to zulkhairi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *