Permohonan IKBN ( Bidang Minyak & Gas )

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan IKBN

Permohonan IKBN

Anda berminat menceburi bidang Minyak & Gas? Satu permohonan IKBN dalam bidang Minyak dan Gas dibuka. Pengajian adalah di IKBN Bandar Penawar. Belajar bidang ini memberi peluang bagi yang Berjaya dan memenuhi syarat untuk memohon pekerjaan di institusi minyak seperti PETRONAS, SIRIM, dan sebagainya.

Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar akan melaksanakan program berasaskan latihan dalam Bidang Minyak & Gas. Melalui kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS), SIRIM Berhad dan Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) pada November 2012 telah mencapai satu persetujuan untuk menjadikan IKBN Bandar Penawar sebagai hub Pensijilan Profesional Antarabangsa yang menyediakan latihan kemahiran bersepadu bagi memenuhi keperluan sektor minyak dan gas di Malaysia.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan adalah berbeza mengikut program yang diminati :

Kursus Health and Safety Environment (HSE)

Perkara Keterangan
Nama Program Kursus Health and Safety Environment (HSE)
Syarat ·         Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

dalam apa-apa bidang kemahiran atau;

·         Pengalaman kerja dalam bidang teknikal

·

Yuran ·         RM960.00 (Dengan penginapan)

·         RM876.00 (Tanpa Penginapan)

 

Kursus Kimpalan 6G/6GR

Perkara Keterangan
Nama Program Kursus Kimpalan 6G/6GR
Syarat ·         Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

dalam bidang Kimpalan atau yang setaraf dengannya atau;

·         Pengalaman kerja minima 6 bulan dalam bidang kimpalan

Yuran ·         RM3,000.00

 

Kursus Basic Inpection In Welding

Perkara Keterangan
Nama Program Kursus Basic Inpection In Welding
Syarat ·         Berumur 17 dan ke atas

·         Sekurang-kurangnya tamat tingkatan 3

·         Berminat dalam bidang Minyak & Gas

·

Yuran ·         RM13,800.00

·

 

Pusat Latihan

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar

Jalan Kejora Utama,

81930 Bandar Penawar

Johor Darul Takzim

 

Kemudahan

Pusat pengajian, bahan pembelajaran, peralatan latihan, penginapan, rekreasi dan kemudahan sukan

Tarikh Tutup – Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun

Keputusan Permohonan – Calon yang berjaya akan dihubungi secara terus oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar melalui talian telefon atau surat tawaran rasmi.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan anda boleh muat turun borang permohonan IKBN dan menghantar boramh ke alamat yang disediakan pada borang.

Pertanyaan Lanjut :

Untuk pertanyaan lanjut anda digalakkan merujuk iklan penuh atau terus menghubungi :

Pengarah

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar

Jalan Kejora Utama,

81930 Bandar Penawar

Johor Darul Takzim

 

Tel : +607-822 1567/1530

Fak : +607-822 1566

E-mail : [email protected] atau [email protected]

 

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )