Permohonan ILP 2018 Institut Latihan Perindustrian

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu permohonan menarik dibuka kini iaitu permohonan ILP 2018. Institut Latihan Perindustrian ILP merupakan sebuah institusi kemahiran yang menjadi salah satu pilihan popular pelajar yang ingin menceburi bidang kemahiran. Permohonan telah dibuka dan kemasukan adalah pada tahun 2018.

Permohonan ILP 2018
Permohonan ILP 2018

Untuk berjaya dalam hidup tidak semestinya menceburi bidang popular lain. Memilih untuk ke bidang kemahiran juga mempunyai masa depan yang cerah. Peluang kerja sebenarnya terbuka luas, melalui bidang kemahiran pelajar lebih terdedah pada skop bidang kemahiran lain serta dapat bekerja dengan majikan atau berniaga sendiri. Hal ini kerana, kemahiran yang sedia ada boleh menghasilkan perkhidmatan atau produk sendiri untuk diniagakan.

Permohonan ILP 2018

Untuk membuat permohonan ILP 2018, calon hanya perlu ke sistem permohonan Online yang disediakan :

Sistem Permohonan ILPĀ 

Pemohonan pastikan baca terlebih dahulu manual permohonan yang disediakan dan memohon mengikut kategori masing-masing.

Tarikh tutup permohonan : 13 November 2017

Info Tambahan :  8 Cara Untuk Berjaya buat Freelance

Kemudahan ILP

  1. Yuran pengajian adalah berpatutan dan dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
  2. Penginapan dan makan minum adalah PERCUMA
  3. Elaun latihan sebanyak RM 100 Sebulan
  4. Elaun Latihan Industri sebanyak RM 300 sebulan
  5. Insuran berkelompok dan rawatan perubatan diuruskan oleh institut.
  6. Penyediaan perpustakaan, pusat komputer, bilik kuliah dan bengkel latihan.
  7. Kemudahan sukan dan aktiviti riadah seperti padang, gelanggang, dewan kuliah & dewan serbaguna
  8. Kemudahan internet seperti wireless.

Syarat kelayakan Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17-30 tahun
  • Lulus sekurang-kurangnya SPM atau setaraf dengannya.

Program yang ditawarkan

Setiap ILP mempunyai jenis kursus yang berlainan, hal ini kerana setiap kursus kemahiran memerlukan kemudahan yang tertentu. Sebagai contoh ILP Kota Kinabalu sabah menawarkan 3 kursus pengajian. Oleh itu, jika kursus yang diminati tidak ada di ILP pilihan, pemohon perlu mencari ILP lain untuk mendapatkan kursus yang diminati.

Teknologi Komputer ( rangkaian )

Kursus ini memberi penekanan kepada latihan teori dan amali berkaitan office application, computer hardware & software, network fundamental, network structured cabling, server essential, wireless technology, fiber network cabling, computer and network security, project management, computer network maintenance, linux essential, fundamental of programing, ethernet switching, mobile device configuration.

Tempoh latihan selama 1 tahun 9 bulan dan akan dianugerahkan sijil kemahiran Malaysia SKM tahap 3.

Info Tambahan :  Laman Web Mencari Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan Sekolah

Teknologi Penyenggaraan Mekanikal

Pelajar dilatih menggunakan alatan tangan bagi kerja asas logam, teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatic & hydraulic. Peluang kerjaya menjadi juruteknik jurugegas penyelenggaraan atau pekerjaan lain dalam bidang penyelenggaraan mekanikal.

Tempoh pengajian selama 2 tahun 3 bulan dan akan dianugerahkan Sijil Kemahioran Malaysia ( SKM ) tahap 3.

Teknologi CADD Senibina

Pelajar dilatih merangka lukisan unjuran, keratin, perspektif, lukisan perincian, geometri dan lukisan kerja, ukuran bangunan, cara merekabentuk bangunan, kerja ukur tanah, penentu bayang, teknik mewarna lukisan persembahan dan undang-undang pembinaan. Peluang kerjaya menjadi pelukis pelan senibina atau pekerjaan lain yang berkaitan.

Tempoh latihan selama 2 tahun 3 bulan dan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM ) tahap 3.

2 thoughts on “Permohonan ILP 2018 Institut Latihan Perindustrian

Leave a Reply to Ashraf Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *