Kami ada menerima pertanyaan melalui e-mel berkenaan dengan permohonan IPG untuk PISMP 2019. Mungkin persoalan ini timbul kerana ketika ini lepasan SPM setaraf sedang sibuk menguruskan permohonan UPU masing-masing kerana permohonan UPU telah dibuka dua hari lepas.
Bagi menjawab persoalan yang dihantar kepada kami, kami cuba mendapatkan maklumat berkaitan permohonan IPG untuk pengajian program ijazah Sarjana Muda perguruan PISMP 2019. Hasil pencarian jelas melalui laman web rasmi PISMP bahawa dapat digambarkan permohonan akan mula dibuka sekitar March 2019.
Jika mengikut sejarah permohonan tahun sebelumnya, permohonan di PISMP kebiasaannya akan mula dibuka selepas pengumuman keputusan SPM tahun tersebut. Jika dilihat tahun 2018 sebagai contoh, permohonan PISMP dibuka pada 13 March 2018 dan iklan mula dikeluarkan tiga hari sebelumnya.
Walau bagaimanapun demikian, kami akan sentiasa update tentang tarikh permohonan PISMP 2019 ini jika ia dikeluarkan kelak.
Kalendar Permohonan PISMP 2018
Syarat Permohonan PISMP 2018
Diharapkan dengan gambaran tarikh permohonan tahun sebelumnya dan gambaran syarat permohonan PISMP yang disertakan di atas mampu memberikan sedikit gambaran dan dapat membantu pemohon membuat perancangan dalam memilih masa depan menyambung pengajian.
Permohonan PISMP ini adalah pilihan popular tahun demi tahun kerana lepasan PISMP ini kebiasaannya mudah untuk ditempatkan sebagai warga pendidik di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerjaya sebagai guru Ini dikatakan sebagai satu kerjaya yang lebih terjamin.
Buat sementara ini adalah lebih baik Jika anda fokus kepada permohonan UPU masing-masing dan selepas keluar keputusan SPM nanti barulah anda memohon untuk PISMP. Anda tidak perlu risau dengan 2 permohonan, UPU dan PISMP kerana anda boleh memilih ke mana ingin anda masuk selepas keluarnya keputusan kedua-dua permohonan anda nanti.