Bagi pelajar lepasan SPM, makluman kali ini lebih kepada peringatan untuk permohonan IPG ataupun program PISMP 2019. Permohonan PISMP atau program ijazah Sarjana Muda perguruan sebenarnya telah lama dibuka dan akan berakhir pada hari ini.
Oleh demikian, bagi yang masih ketinggalan permohonan PISMP yang layak bolehlah Segera membuat permohonan sebelum Tarikh tutup yang bakal berakhir pada hari ini.


Oleh demikian, bagi yang masih ketinggalan permohonan PISMP yang layak bolehlah Segera membuat permohonan sebelum Tarikh tutup yang bakal berakhir pada hari ini.
Permohonan PISMP Adalah permohonan antara yang popular bagi lepasan SPM kerana bidang perguruan dianggap lebih terjamin untuk peluang kerjaya masa depan.
Walaupun demikian, untuk menjadi seorang pendidik Bukanlah sesuatu yang mudah kerana pemohon PISMP perlulah melepasi beberapa tapisan seperti ujian kelayakan bertulis ataupun temuduga sebelum diterima pengajian PISMP.
Permohonan online IPG, PISMP 2019
bagi yang masih belum membuat permohonan Bolehlah terus bertindak dengan memohon secara online ikut maklumat seperti di bawah :
Mohon online di : https://pismp.moe.gov.my/index.cfm
Untuk makluman pemohon tidak perlu membeli sebarang nombor PIN untuk membuat permohonan. Calon hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama di fungsi butang sebelah kanan atas laman web berkenaan.


Setelah pendaftaran dibuat calon boleh terus login dan mengisi permohonan. keputusan peperiksaan adalah diisi secara automatik namun demikian beberapa maklumat lain perlu dilengkapkan dan calon perlu memilih pengkhususan yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.
Bagi yang masih belum pasti dengan kelayakan permohonan anda dinasihatkan untuk merujuk iklan penuh permohonan seperti link yang kami sertakan di bawah:
https://pismp.moe.gov.my/iklan_pismp.cfm
Pastikan anda memenuhi kelayakan yang di maklumkan supaya permohonan anda akan dapat disempurnakan.
Semoga permohonan anda berjaya dan Mampu meneruskan cita-cita anda sebagai guru satu hari nanti.