Permohonan IPT di Malaysia Bagi Pelajar Mesir 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pergolakan yang berlaku di Mesir baru-baru ini, pelajar Malaysia yang kini di Malaysia diberi pilihan untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Masih banyak IPT yang dibuka permohonannya untuk pelajar Mesir terbaru ini.

Pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir dibenarkan memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti tahun klinikal (tahun akhir pengajian di universiti di Mesir) bagi bidang perubatan dan pergigian.

Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Cara Memohon

PERINGATAN : Sila ambil perhatian perkara-perkara berikut :-

  • Pastikan anda membaca panduan dan prosedur permohonan ini sebelum anda mengisi borang permohonan atas talian;
  • Pastikan maklumat dan pemilihan yang diisi adalah betul dan muktamad sebelum anda menghantar (send) kerana maklumat yang telah dihantar (send) tidak boleh dipinda;
  • Pastikan anda mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap kerana borang yang tidak lengkap tidak akan diproses;dan
  • Pastikan pengesahan penerimaan dipaparkan secara atas talian setelah anda menekan butang hantar (send) sebelum dicetak.

Anda dikehendaki berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir (JPPPMM) dengan mengisi borang permohonan atas talian pada pautan berikut www.mohe.gov.my/j3p2m mulai 24 September 2013 jam 5.00 petang. Anda boleh menyemak senarai IPT di Malaysia yang menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam di pautan berikut senarai IPT di Malaysia. Permohonan atas talian ditutup pada 8 Oktober 2013 jam 12.00 tengah hari.

Info Tambahan :  Belajar Seni Bina atau Kejuruteraan Pada Tahun 2023?

Maklumat Lanjut dan pertanyaan

Untuk mendapat gambaran lebih jelas, anda dinasihatkan merujuk iklan penuh Klik SINI.

Semoga permohonan anda berjaya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top