Permohonan Jawatan Kosong Guru di Sekolah Dalam Hospital

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi yang layak, permohonan jawatan kosong guru untuk menjalankan tugas di Hospital-hospital terpilih telah dibuka. Jawatan guru di sekolah dalam hospital bagi mengurangkan ketinggalan pendidikan bagi pelajar yang sakit supaya masih lagi berupaya belajar walaupun keadaan kesihatan memerlukan pelajar tinggal di Hospital. Oleh demikian, pemohon adalah diperlawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, DG44(KUP) dan DG48 (KUP) dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) N17 di Sekolah Dalam Hospital seperti lokasi :

  • Hospital Pakar Sultanah Fatimah, muar, Johor
  • Hospital Umum Sarawak, Sarawak
  • Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, Sabah
Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

Info lanjut : syarat dan jawatan

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan berikut :-
  • Bagi PPPS dan PPM di Sekolah Rendah Harian Biasa dan Sekolah Menengah Harian Biasa, borang permohonan MESTI dikemukakan melalui Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
  • Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Pengetua/Guru Besar kepada:

PENGARAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI

  • Sila tuliskan OPSYEN MATA PELAJARAN di sebelah atas kiri sampul surat permohonan (bagi permohonan jawatan PPPS sahaja).
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Februari 2013 .
Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

CATATAN: Hanya calon-calon yang layak selepas disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *