Permohonan Jururawat Lepasan SPM 2022/ 2023

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan jururawat lepasan SPM yang masih ramai tidak ketahui. Justeru itu, penerangan lanjut akan diberikan kepada calon lepasan SPM 2022. Walaupun kerjaya jururawat sangat jarang diperkatakan tetapi kerjaya ini merupakan salah satu kerjaya yang mulia. Justeru itu, memasuki atau menceburi bidang ini bukanlah suatu perkara yang mudah.

Permohonan Jururawat

TAHUKAH ANDA!!!

Tanpa bantuan daripada seorang jururawat, seorang Doktor TIDAK mungkin dapat melakukan sesuatu dengan baik kerana jururawat merupakan salah satu sayap kiri bagi seorang Doktor.

Permohonan Jururawat Lepasan SPM 2022/ 2023

Buat pengetahuan umum, untuk membuat permohonan jururawat lepasan SPM, anda mempunyai beberapa laluan. Antara laluan yang ada untuk permohonan jururawat lepasan SPM adalah menerusi laluan:-

1. Permohonan SPA (memohon Program Latihan Separa Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Permohonan Jururawat

Setiap tahun pihak SPA akan membuka peluang untuk pelajar lepasan SPM membuat permohonan untuk memasuki kolej kejururawatan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengambilan calon adalah dua kali dalam setahun. Justeru itu, setiap pelajar WAJIB alert akan laman web SPA ini (https://spa.gov.my)

Tempoh latihan jururawat ini adalah selama 3 tahun bagi calon lantikan terus manakala 1 tahun bagi peningkatan secara lantikan (PSL). Setelah tamat pengajian sebagai pelatih jururawat, pelajar akan ditempatkan di bawah klinik kesihatan atau hospital kerajaan sama ada melalui pelantikan tetap atau kontrak.

INFO TAMBAHAN!!!

Program Latihan Jururawat adalah bertaraf diploma. Walaubagaimana sekalipun, setiap pelajar yang mengikuti program ini akan menerima ELAUN SARA diri setiap bulan.

Info Tambahan :  Jual Template Online 2023: Boleh Mengkayakan Ke?

Senarai Pusat Latihan Kementerian Kesihatan Dibawah SPA

Pusat Latihan yang disediakan oleh pihak SPA antaranya adalah:-

  • Institusi Latihan KKM Sultan Azlan Shah
  • Institusi Latihan KKM Alor Setar (kejururawatan)
  • Institusi Latihan KKM Bertam (kejururawatan)
  • Institusi Latihan KKM Kuala Pilah (kejururawatan)
  • Institusi Latihan KKM Batu Pahat (kejururawatan)
  • Institusi Latihan KKM Johor Bharu
  • Institusi Latihan KKM Kubang Kerian (kejururawatan)
  • Institusi Latihan KKM Sibu (kejururawatan)
  • Institusi Latihan KKM Kota Kinabalu
  • Institusi Latihan KKM Kangar (kejururawatan)
  • Institusi Latihan KKM Kuching
  • Institusi Latihan KKM Tawau (kejururawatan)

Syarat Kelayakan Akademik

Permohonan SPA Bagi Latihan Jururawat
Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/ SPM(V) adalah seperti berikut:-

i. Kepujian (6C) dalam:-

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Salah satu subjek sains (Sains/ sains gunaan/ biologi/ kimia/ fizik) dan
  • Dua (2) subjek lain

ii. LULUS (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris

2. Melanjutkan pelajaran di Kolej atau Universiti Swasta yang menawarkan kursus diploma kejururawatan yang diiktiraf oleh kerajaan atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Antara kolej atau Universiti Swasta yang menawarkan kursus kejururawatan adalah :-

  • Kolej Poly Tech MARA (KPTM)
  • Kolej Oriental Nilam
  • Kolej Kejururawatan Assunta
  • Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
  • Kolej Universiti Shah Putra (UCSA)
  • Kolej Kesihatan Ramsay Sime Darby (RSDHC)
  • Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Adventist (ACNHS)
  • Kolej Perubatan Antarabangsa (IMC)
  • Universiti UCSI
  • Kolej Universiti Kesihatan (KPJ)
  • Universiti SEGI
  • Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
  • Universiti MAHSA

Kesemua kolej dan univeristi swasta ini ada menawarkan kursus diploma kejururawatan. Dan kebanyakan kursus diploma kejururawatan adalah selama 3 tahun. Selama tempoh pengajian tersebut para pelajar akan mempelajarai pelbagai perkara baharu. Ianya akan membantu para pelajar memahami pelbagai sklil untuk membantu dan merawat pesakit.

Info Tambahan :  Temuduga Kerja 2023: Bagaimana untuk Bersedia?

TAHUKAH ANDA!!!

Selain daripada teori, pelajar kejururawatan juga akan menjalani kemahiran kejururawatan praktikal untuk mengenali procedur rawatan pesakit yang betul menerusi latihan praktikal di hospital dan klinik kesihatan di bawah pengawasan pengajar klinikal setiap semester.

Bagi pelajar lepasan kolej atau Universiti Swasta yang sudah di iktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia boleh memohon jawatan sebagai jururawat di Hospital Kerajaan atau Swasta.

Antara hopital swasta yang sentiasa membuka tawaran baharu kepada pelajar lepasan kejururawatan adalah seperti Hospital:-

  • Hospital KPJ
  • Hospital Columbia Asia
  • Hospital Ramsay Sime Darby
  • Hospital Gleneagles
  • Klinik-klinik swasta dll

3. Universiti Awam yang menawarkan Diploma Jururawatan

Permohonan Jururawat

Terdapat beberapa Univeriti Awam yang menawarkan diploma jururawat. Justeru itu, bagi pelajar lepasan SPM yang mahu memohon kururs jururawat di Univeristi Awam WAJIB alert tarikh-tarikh penting permohonan.

Antara Univeristi Awam yang menawarkan diploma jururawat adalah seperti:-

Permohonan jururawat lepasan SPM ada banyak cara. Walaubagaimana sekalipun, sebagai seorang pelajar anda WAJIB ketahui tahap kemampuan anda. Jangan mengikut pandangan dan kehendak orang dan ahli keluarga sahaja sehingga diri anda sendiri tidak mampu untuk melakukannya. Minat dan syarat kelayakan itu penting ketika melakukan permohonan UPU.

***PILIHAN BERADA DITANGAN ANDA***

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top