Permohonan ke Institusi Pendidikan MARA ( IPMa ) 2015

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Logo MARA

Logo MARA

Satu peluang terbuka kepada lepasan SPM, permohonan ke IPMa iaitu ke UPIM, IKM, Universiti Kuala Lumpur, KPTM dan GMI telah dibuka. Peluang baik ini adalah bagi memberi peluang lepasan SPM yang masih lagi tercari-cari atau masih tidak berjaya menyambung pengajian. Bidang pengajian kemahiran yang disediakan merupakan salah satu peluang terbaik bagi mereka yang inginkan masa depan yang lebih baik dan terjamin.

IPMa adalah Institusi Pendidikan MARA yang mengurus kemasukan ke pengajian-pengajian tinggi ke beberapa institusi pengajian tinggi dibawah seliaan MARA seperti Unit Pusat Institusi MARA ( UPIM ), Unit Pengambilan Pelajar, Universiti Kuala lumpur, Kolej Poly-Tech MARA atau German Malaysian Institute.

Apa yang menarik, Unit Pusat Institusi MARA UPIM dan Unit Pengambilan Pelajar menyediakan pengajian bersama yuran pengajian percuma dan disediakan elaun sara hidup. Jadi, ia adalah baik bagi anda yag masih lagi tidak mempnyai pengajian dan kewangan yang cukup untuk belajar.

Permohonan dibuka sekarang

Untuk pengetahuan, permohonan telah dibuka sekarang ( 24 Nov – 16 Disember 2014 ) mengikut tarikh dan lokasi yang ditetapkan seluruh Malaysia termasuk sabah dan Sarawak.

Permohonan dibuka tidak secara online, calon perlu pergi sendiri ke lokasi yang ditetapkan dengan membawa :

  • Kad pengenalan dan salinan
  • Surat beranak dan salinan
  • Keputusan SPM dan salinan
  • Wang tunai sebanyak RM 280 untuk pengesahan terima tawaran ( sekiranya berjaya ) bagi program di Kolej Profesional MARA.

Tarikh dan Lokasi Permohonan

B agi yang berminat, bolehlah cuba bawa dokumen yang dinyatakan diatas ke tempat dan masa yang ditetapkan :

( Klik Sini Untuk Melihat Jadual Lokasi dan masa yang ditetapkan )

Anda dinasihatkan untuk bertanya dahulu melalui no telefon yang dibekalkan untuk mendapatkan maklumat terperinci permohonan dan kelayakan anda. Dari lokasi yang ditetapkan, hampir seluruh Negara dibuka untuk membuat permohonan dan anda hanya perlu tunggu waktu dan tarikh ia dilaksanakan ditempat anda.

Semoga permohonan anda berjaya dan memberikan peluang seterusnya untuk anda merancang masa depan yang lebih baik. ( sumber )

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
NUR AN ANISAH BT NOR IZAHA
NUR AN ANISAH BT NOR IZAHA
Guest
5 years ago

Harap dapat

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x