Kursus yang ditawarkan ialah memberikan kemudahan yuran yang kompetitif serta kelas hujung minggu. Selain itu pengajian adalah mempunyai kebolehanpasaran yang tinggi.
Syarat Kemasukan ke Program Separuh Masa
Warganegara Malaysia
Syarat mengikut bidang;
Bidang Kejuruteraan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
i. Lulus Bahasa Melayu
ii. Lulus Bahasa Inggeris
iii. Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran termasuk;
• Matematik atau Matematik Tambahan
• SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains/teknikal/vokasional
• SATU (1) mata pelajaran lain
ATAU
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, DAN
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
i. Lulus Bahasa Inggeris
ii. Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
iii. Lulus SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains/teknikal/vokasional
ATAU
Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0.
ATAU
Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan SATU (1) kepujian.
ATAU
Lulus Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran atau setaraf Tahap
TIGA (3) yang berkaitan dan diiktiraf DENGAN minimum SATU (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Bidang Teknologi Maklumat
a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
i. Lulus Bahasa Melayu
ii. Lulus Bahasa Inggeris
iii. Mendapat TIGA (3) kepujian daripada mana-mana mata pelajaran
termasuk Matematik atau Matematik Tambahan
ATAU
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan sekurang-kurangnya SATU (1) prinsipal dalam mana-mana mata pelajaran
DAN kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM.
ATAU
Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0.
ATAU
Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan SATU (1) kepujian.
ATAU
Lulus Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran atau setaraf Tahap
TIGA (3) yang berkaitan dan diiktiraf DENGAN minimum SATU (1) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Bidang Reka Bentuk dan Komunikasi Visual
a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
i. Lulus Bahasa Melayu ii. Lulus Bahasa Inggeris
iii. Lulus Matematik atau Matematik Tambahan iv. Mendapat TIGA (3) kepujian termasuk SATU (1) mata mata pelajaran kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional/Sains Ikhtisas dan DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambil kira termasuk Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik atau Matematik Tambahan sekiranya mendapat kepujian.
ATAU
Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0.
ATAU
Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya SATU (1) kepujian DAN lulus Bahasa Melayu.
Bidang Pelancongan & Hospitaliti
a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
i. Lulus Bahasa Melayu ii. Lulus Bahasa Inggeris iii. Lulus Matematik atau Matematik Tambahan iv. Mendapat LIMA (5) kepujian dari mana-mana mata pelajaran
ATAU
Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0.
ATAU
Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan SATU (1) kepujian.
Bidang Perdagangan
a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
i. Lulus Bahasa Melayu
ii. Lulus Bahasa Inggeris
iii. Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
iv. Mendapat LIMA (5) kepujian dari mana-mana mata pelajaran
ATAU
Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0.
ATAU
Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan SATU (1) kepujian.
Bidang Akauntansi
a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
i. Lulus Bahasa Melayu
ii. Lulus Bahasa Inggeris
iii. Mendapat TIGA (3) kepujian dari mana-mana mata pelajaran
termasuk Matematik atau Matematik Tambahan.
ATAU
Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan / Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau Sijil Setaraf yang diiktiraf dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.0.
ATAU
Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan SATU (1) kepujian
Program yang ditawarkan ( KLIK SINI )
Cara Memohon Pengajian Separuh masa
- Pemohon perlu mengakses aplikasi dalam talian (online) di www.politeknik.edu.my. Pemohon dikehendaki mengisi dan melengkapkan maklumat permohonan.
- Mencetak slip permohonan kemasukan.
- Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan politeknik berkenaan
Tarikh Tutup Permohonan: 19 Mei 2014