Permohonan Ke Program Matrikulasi Dan PISMP Sesi 2021 Lepasan SPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Program Matrikulasi Dan PISMP

Program Matrikulasi Dan PISMP : Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pengumuman berkenaan dengan tarikh permohonan bagi ambilan sesi 2021 ke Program:-

  •  Matrikulasi ambilan 2021
  • Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Justeru itu, sebagai penjaga atau calon WAJIB ketahui tarikh-tarikh penting ini. Tarikh permohonan ketiga-tiga program ini akan dibuka pada 15 MAC 2021 sehingga 15 APRIL 2021. Pihak KPM mempelawa seluruh calon SPM tahun 2020 ini memohon Program Matrikulasi, dan PISMP sekiranya mereka memenuhi syarat permohonan. 

“Setiap kejayaan bermula dengan kepayah, sama juga dengan pelajar SPM tahun 2020 ini”

Pelajar lepasan SPM boleh melakukan permohonan secara terus melalui UPUOnline. Justeru itu, bagi pelajar SPM yang berminat untuk melakukan permohonan boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi iklan yang di laman rasmi KPM seperti:-

Program Matrikulasi Dan PISMP

Permohonan Ke Program Dan PISMP Sesi 2021 Lepasan SPM

Sebelum melakukan permohonan, calon WAJIB ketahui dahulu syarat permohoan sesuatu program. Hal ini bagi memastikan calon TIDAK terlepas peluang untuk memohon ke program yang lain mengikut kesesuaian keputusan.

Antara program yang terlibat untuk program lepasan SPM ini adalah:-

1) Program Matrikulasi

Permohonan Ke Program Matrikulasi Dan PISMP Sesi 2021 Lepasan SPM 1

Syarat kelayakan AM Permohonan Program Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:-

  • Pemohon WAJIB berusia TIDAK melebihi 20 tahun semasa permohonan
  • Berstatus Warganegara Malaysia
  • SPM calon semasa

Seterusnya. Syarat kelayakan Akademik ke Program Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:-

a) Jurusan Sains

Bagi pelajar Matrikulasi jurusan Sains, mereka akan mempunyai 2 pecahan iaitu:-

  • Sistem 2 semester
Info Tambahan :  Starlink Malaysia: 2 Pelan dan Harga Langganan

Bagi pelajar yang mahu memasuki sistem Matrikulasi 2 semester ini pelajar WAJIB mendapat keputusan :-

    • KEPUJIAN TINGGI (B) : Matematik
    • KEPUJIAN (C) : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi
    • LULUS dalam Sejarah
  • Sistem 4 semester
    • KEPUJIAN (C) : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik
    • LULUS : Matematik Tambahan, KImia, Sejarah, Fizik atau Saims Komputer atau Biologi

b) Jurusan Kejuruteraan

  • LULUS dalam Sejarah
  • KEPUJIAN TINGGI (B) : Matematik
  • KEPUJIAN (C) : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan
  • KEPUJIAN Salah satu matepelajaran : Biologi/ sains/ sains tambahan/ pengajian kejuruteraan awam/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ pengajian kejuruteraan elekterik & elektronik/ asas kelestarian pertanian/ sains rumah tangga/ reka cipta/ kejuruteraan/ grafik komunikasi teknikal/ prinsip perakaunan/ ekonomi/ perniagaan

c) Jurusan Perakaunan

  • LULUS dalam Sejarah
  • KEPUJIAN (C) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik
  • KEPUJIAN dalam mana-mana 3 matapelajaran seperti fizik/ kimia/ biologi/ sains/ sains tambahan/ asas kelestarian pertanian/ sains rumah tangga/ reka cipta/ sains komputer/ sains sukan/ lukisan kejuruteraan/ grafik komunikasi teknikal/ prinsip perakaunan/ ekonomi/ perdagangan/ perniagaan/ pendidikan syariah islamiah/ tasawwur islam/ pengajian kejuruteraan awam/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ pengajian kejuruteraan elektrik & elektronik dan matematik tambahan

d) Jurusan Perakaunan Profesional JPPRo

  • LULUS dalam sejarah
  • KEPUJIAN (C) : Bahasa Melayu dan Matematik Tambahan
  • CEMERLANG TINGGI (A-) : Bahasa Inggeris
  • KEPUJIAN (A) : Matematik dan mana-mana 3 matapelajran berikut fizik/
  • kimia/ biologi/ sains/ sains tambahan/ asas kelestarian pertanian/ sains rumah tangga/ reka cipta/ sains komputer/ sains sukan/ lukisan kejuruteraan/ grafik komunikasi teknikal/ prinsip perakaunan/ ekonomi/ perniagaan/ pendidikan syariah islamiah/ tasawwur islam/ pengajian kejuruteraan awam/ pengajian kejuruteraan mekanikal/ pengajian kejuruteraan elekterik & elektronik
  • LULUS Ujian Aptitud dan Temuduga 
“Kelihatan sukar untuk mencapai kejayaan tetapi sebenarnya ianya mudah sekiranya kita ketahui caranya”

2) PISMP Lepasan SPM

Syarat AM kelayakan permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah seperti berikut:-

  • Warganegara Malaysia
  • Umur TIDAK MELEBIHI 20 Tahun pada tahun permohonan
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
Info Tambahan :  Belajar Seni Bina atau Kejuruteraan Pada Tahun 2023?

Seterusnya, syarat kelayakan dalam Akademik adalah seperti berikut:-

  • Mendapat sekurang-kurangnya gred A+/ A-/ A dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM
  • Mendapatkan sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu
  • WAJIB LULUS dalam matapelajaran Bahasa Inggeris
  • Memenuhi setiap syarat dalam bidang pngkhususan

Bagi ketahui cara permohonan ke Institusi Perguruan ini boleh “KLIK DISINI”

Sekiranya, mahu berjaya kita perlu tingkatkan usaha untuk berjaya. Tidak perlu menunggu orang lain menghargai segala kepayahan baru terlihatnya kejayaan. Usahalah yang termampu untuk meraih kejayaan yang bukan semua orang mampu perolehi. 

Permohonan Ke Program Matrikulasi Dan PISMP Sesi 2021 Lepasan SPM 2

PERINGATAN!!!
Diharapkan calon BACA setiap SYARAT KHUSUS kelayakan permohonan dengan betul agar permohonan yang dilakukan berjaya dan tidak ditolak oleh pihak pengurusan pengambilan pelajar kerana tidak memenuhi syarat khusus program.

Rujuakan:-

1) https://www.moe.gov.my/pendidikan/ipgm/program-ijazah-sarjana-muda-perguruan-pismp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top