Bagi yang berminat meneruskan pengajian ke tingkatan 1 di sekolah Asrama 1 Malaysia KPM untuk bermula januari 2014. Permohonan dibuka dengan menggunakan borang yang boleh dimuatturun di laman rasmi KPM.
Pemohon perlu memuat turun dan mengisi borang yang disediakan dan Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014.
Syarat permohonan
- Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2014.
- Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
- Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
- Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
- Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
- Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
- Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja.
- Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
a. Sijil lahir pemohon / kad pengenalan c. Keputusan UPSR 2013
b. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa d. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
Borang permohonan ( KLIK SINI )
Semoga permohonan Berjaya dan persekitaran baru dalam pembelajaran.
Assalam.. saya ingin bertanya. Bagaimana jika keputusan UPSR anak saya hanya 2A3B tp saya ingin memasukkan dia ke sekolah berasrama? Any idea?