Permohonan ke UM Ambilan Febuari 2018

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan ke UM , bagi calon lepasan STPM setaraf yang masih belum mendapat tempat ke mana-mana pengajian mungkin boleh memohon ke Universiti Malaya UM. Permohonan telah dibuka dan bakal berakhir tidak lama lagi. Bagi yang berminat boleh terus memohon melalui aplikasi online yang disediakan.

Permohonan ke UM
Permohonan ke UM

Permohonan ke UM

Untuk membuat permohonan, dibawah dalah maklumat penting permohonan yang perlu anda teliti :

Permohonan Online UM

Sebelum mengisi permohonan

  • Pastikan anda telah membuat pendaftaran akaun baharu. Calon yang pernah mempunyai akaun boleh menggunakan akaun sedia ada.
  • Pastikan anda membaca dengan teliti Manual Pengguna yang disediakan bagi membantu dalam pengisian maklumat permohonan
  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Maklumat Permohonan
  • Sila kenalpasti kategori permohonan anda (Contoh : Lepasan STPM, Lepasan Matrikulasi, Diploma.
  • Calon lepasan STPM/Asasi/Matrikulasi bukan tahun semasa, A Level/IB/AUSMAT perlu memilih kategori Diploma/Setaraf)
Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Semasa melengkapkan permohonan

  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam permohonan
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  • Pastikan anda menyemak dengan teliti butiran dan maklumat pada permohonan anda
  • Kemaskini permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup permohonan selagi anda tidak menekan butang (Sah & Hantar)
  • Sekiranya semua maklumat telah lengkap dan anda bersedia untuk mengesahkan permohonan. Sila tekan butang (Sah & Hantar)
  • Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda mengesahkan permohonan iaitu selepas menekan butang (Sah & Hantar)
  • Permohonan yang tidak (Sah & Hantar) tidak akan diproses kerana tidak lengkap
  • Borang permohonan perlu dicetak sebagai bukti penerimaan permohonan oleh sistem

Selepas mengemukakan permohonan

  • Pastikan anda membuat semakan semula borang permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan permohonan telah diterima
  • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti penerimaan
  • Calon kategori DIPLOMA/SETARAF perlu mengemukakan borang permohonan beserta dokumen kepada Seksyen Kemasukan & Rekod, Bangunan Peperiksaan, Bahagian Akademik Univesiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur sebelum17 November 2017.
  • Permohonan calon yang tidak mengemukakan dokumen di bawah akan dianggap sebagai tidak lengkap dan tidak akan diproses.
  • Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
    • Salinan borang permohonan kemasukan pelajar yang dicetak;
    • Salinan kad pengenalan/MyKad calon;
    • Salinan sijil STPM (jika berkaitan);
    • Salinan sijil SPM;
    • Salinan transkrip penuh akademik (Sem 1 hingga akhir);
    • Salinan Diploma/Sijil A Level/IB/AUSMAT;
    • Salinan Sijil MUET;
    • Salinan surat pengesahan tamat pengajian:
    • Salinan keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (jika ada); dan
    • Salinan cetakan akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my/MQR/CAkreditasi.cfm) bagi program yang telah diikuti.
Info Tambahan :  6 Langkah Mudah Semak Lebihan Bayaran PTPTN

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top