

Satu peluang pendidikan iaitu permohonan ke UPM Kampus Bintulu dibuka bagi yang layak dan berminat. Permohonan ini adalah bagi lepasan SPM dan STPM/ setaraf yang ingin memohon program-program peringkat :
- Persediaan Diploma Sains
- Diploma
- Bacelor / Ijazah
Bagi yang berminat, program-program yang ditawarkan untuk permohonan adalah dari fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia bertempat di Kampus Bintulu Sarawak. Antara program yang ditawarkan :
Untuk Lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma, Asasi
- Bacelor Sains Bioindustri
Untuk lepasan SPM, SPMV, SIjil ( yang diiktiraf senat UPM )
- Diploma Pertanian
- Diploma Perikanan
- Diploma Perhutanan
- Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan
- Diploma Pengurusan Perladangan dan Makanan
- Diploma Kejuruteraan Pertanian
- Diploma Perniagaantani
Untuk Lepasan SPM dan SPMV
- Persediaan Diploma Sains
Keterangan lanjut Kursus-kursus
Bagaimana untuk memohon?
Permohon perlu mengisi borang yang disediakan, borang boleh diambil:
Pejabat Timbalan Dekan ( Akademik ), Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Atau
Muat turun di www.btu.upm.edu.my ( muat turun )
Selepas anda mengisi borang tersebut, anda perlu menghantar ke :
Timbalan Dekan Akademik,
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan,
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak,
Peti Surat 396, Jalan Nyabau
97008 Bintulu, Sarawak
Tarikh tutup permohonan ialah pada : 3 April 2015
Semoga permohonan anda diterima dan dapat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.