Permohonan Kelayakan Ke Universiti Awam (UA), Universiti Awam adalah salah satu universiti yang banyak di biayai secara awam melalui kerajaan negara dan setempat. Kebiasaanya Universiti Awam merupakan salah satu institusi penyelidikan yang terkemuka dan berpengaruh. Justeru itu, ramai pelajar yang mahu memasuki universiti awam bagi melanjutkan pengajian mereka ke tempat yang lebih tinggi lagi.
SYARAT AM kemasukan ke Universiti Awam Malaysia bagi program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf adalah:-
a) Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap yang mempunyai No kad pengenalan / My Kad Sahaja yang boleh membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam.
KELAYAKKAN yang perlu ada bagi melayakkan diri untuk memohon Univeristi Awam adalah:-
1) Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN (C) dalam mata pelajaranBAHASAMALAYSIA dan LULUS dalam mata pelajaran SEJARAH mulai tahun 2013.
Dan
2) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) WAJIB mendapat SEKURANG-KURANGNYA PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran TERMASUK Pengajian Am
Atau
3) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mendapat SEKURANG-KURANGNUA Pangkat Jayyid
INFO TAMBAHAN!!!
i- Mumtaz (Cemerlang)
ii- Jayyid Jiddan (Sangat Baik)
iii- Jayyid (Baik)
iv- Maqbul (Lulus)
Atau
4) Matrikulasi / Asasi Pelajar perlu mendapat SEKURANG-KURANGNYA PNGK 2.00 dan keatas
Dan
Ujian MUET (Malaysian University English Test) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) mengikut tempoh sah laku (5 tahun selepas tarikh keputusan MUET di umukan) iaitu mulai 01 Januari 2012.
Permohonan kemasukan ke Universiti Awam boleh dibuat pada bulan Januari/Febuari setiap tahun. Permohonan boleh dibuat di UPU online di Portal Rasmi Kemasukan pelajar IPTA
“No unik ID perlu dibeli untuk membuat permohonan UPU ini. No ID unik boleh didapati di kaunter BSN / di mesin ATM selepas SAHAJA iklan permohonan dikeluarkan Pemohon perlu membawa MyKad/ Salinan MyKad untuk membeli No. Unik ID”
Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX
PERINGATAN!!!
Selepas pembelian No ID unik, pelajar WAJIB menyemak semula No I/C ditakuti No ID unik salah menggunakan No I/C.
Bagi calon SPM yang mahu membuat permohonan TETAPI masih belum mendapatkan keputusan SPM, anda boleh melakukan permohonan menggunakan keputusan percubaan dahulu. Selepas pelajar memperolehi keputusan SPM, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pilihan program pengajian. TUJUAN mengemaskini keputusan agar bidang yang dipilih memenuhi syarat Am dan Khas sesuatu subjek yang ditetapkan.
Bagi pelajar SPM atau STPM yang ragu-ragu untuk membuat pilihan bidang yang ingin dipohon, anda boleh mendapatkan panduan pemilihan bidang di e-Panduan. Di e-panduan anda boleh menyemak sama ada ada mempunyai kelayakan memohon atau tidak bidang yang anda inginkan itu. Anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui sistem semak syarat kelayakan.
Selain dari menyemak syarat kelayakan am dan khas kemasukan dalam sesetengah pengajian, anda juga boleh melayari e-Panduan Kemasukan Pelajar untuk mendapatkan senarai program pengajian yang anda minati di URL seperti berikut :-
1) 20 UA & Politeknik Premier https://online.mohe.gov.my/upu/emas/epanduan/ipta/
2) Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php
Jadi, e-panduan akan menjadi pemandu kepada para pelajar untuk mendapat panduan yang sebenarnya dalam pemilihan bidang yang bakal pelajar pilih. Panduan yang diberikan TIDAK akan menyebabkan anda memilih bidang pengajian yang salah malahan anda akan memilih mengikut kesesuaian keputusan yang anda miliki.
PERINGATAN!!!
Sebelum pelajar membuat pemilihan program pengajian, pelajar WAJIB memilih 3 BIDANG yang diminati dahulu. Dan senarai program akan DIPAPARKAN mengikut 3 bidang yang pelajar minati. Jadi ketahui minat para pelajar dahulu sebelum membuat pemilihan bidang
Tiada hadiah yang paling terindah buat ibu bapa selain daripada anak yang dikasihi berjaya sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. TETAPI perlu di ingati, TIDAK berjaya sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi TIDAK bermaksud kita adalah orang yang tidak berjaya TETAPI mungkin rezeki tidak menyebelahi kita. Jadi, teruskan usaha untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa bidang yang kita ceburi. Yang penting jangan pernah
“give up, try hard but not die hard”
Rujukan:-
1) https://upu.mohe.gov.my/
2) https://www.moe.gov.my/en/soalan-lazim-menu/permohonan-kelayakan-permohonan/permohonan-kelayakan-universiti-awam