Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2021, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Justeru itu, semasa peringkat rendah lagi ibu bapa sudah menitikberat berkenaan dengan pendidikan agar di peringkat Menengah mudah untuk memohon sekolah yang diingini. Setiap pelajar pasti mempunyai hasrat untuk masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana bukan satu perkara yang mudah untuk menempatkan diri ke MRSM ini. Pelajar perlu mencapai tahap kelayakkan untuk memohon. Sebelum membuat permohonan, teliti dahulu senarai program dan syarat kelayakan permohonan.
Syarat Umun permohonan MRSM adalah:
- Warganegara Malaysia
- Ibu bapa adalah Warganegara Malaysia
- Mestilah melakukan permohonan secara atas talian
- Sihat Tubuh Badan
- Calon yang kurang upaya haruslah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
- Khas buat pemohon ULUL ALBAB perlu menduduki Pentafsiran Berasakan Sekolah (PBS)
Syarat Khusus permohonan MRSM adalah:-
- Pencapaian Akademik yang cemerlang
- Aktif dalam aktiviti Kokurikulum
- Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan rendah
- Pemilihan pelajar adalah berdasarkan merit
Senarai Program MRSM:-
1) Premier
MRSM Premier melaksanakan sistem pendidikan MRSM yang berteraskan STEM. Ianya berintegrasikan sistem kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA. Dalam erti kata lain, pelajar MRSM akan ikuti Kurikulum Bersepadu Sekolah Mendengah, Kurikulum Standard Sekolah Menengah, kursus khas dan kursus sahsiah.
“Kursus khas adalah salah satu kursus yang menekankan nilai kemahiran sahsiah”
2) Ulul Albab
Program Ulul Albab adalah salah satu program gabungan antara pendidikan berteraskan STEM dan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran. Tujuan program ini adalah bagi melahirkan ahli profesional teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi TETAPI juga mahir dalam bidang keagamaan yang berlandaskan al-quran dan sunnah sebagai generasi Ulul Albab.
3) IGCSE
IGCSE adalah salah satu program International General Certificate of Secondary Education. IGCSE adalah program yang menawarkan 2 sijil dalam satu masa iaitu sijil Cambridge IGCSE dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berteraskan STEM. Program IGCSE ini menawarkan pelajar mempelajari sistem pembelajaran antarabangsa seawal usia 13 tahun.
“Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf seluruh dunia kerana ianya setaraf dengan British GCSE dan International GCE O level”
4) IB MYP
Program IB MYP adalah program yang melaksanakan program kebangsaan dengan berintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM. Program ini menggunakan pendekatan pemikiran secara kreatif, kritis dan menghasilkan pemikiran yang reflektif.
“Pembelajaran dalam program IB MYP adalah fleksible mengikut kesesuaian keperluan kurikulum yang sedia ada”
5) Teknikal
Teknikal merupakan program yang menerapkan teknikal yang berteraskan STEM melalui matapelajaran sains Kejuruteraan. Ianya merangkumi ilmu Kejuruteraan robotik, Teknikal dan Elektrikal bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3. Manakala, bagi Tingkatan 4 dan 5 pula pelajar diberi pilihan untuk mengambil aliran teknikal Elektrik dan Elektronik atau aliran Mekanikal dengan subjek Lukisan kejuruteraan sebegini subjek pilihan WAJIB.
6) PKP
MRSM PKP adalah salah satu program yang menawarkan pendekatan dalam pendidikan yang mengaplikasikan pembelajaran pintar secara cerdas serta pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM. Program Pemikiran Cerdas (gifted) menekankan pemikiran aras tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah. Program ini bagi memenuhi keperluan pelajar yang berbeza dari segi keupayaan intelek, kecekapan berfikir, potensi serta keperluan pendidikan dan bimbingan.
Setelah ketahui syarat Umum dan Khas permohonan serta senarai program yang terdapat di MRSM, maka ibu bapa bolehlah membuat permohonan kemasukan ke MRSM
Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 DISEMBER 2020. Selain daripada alert dalam membuat permohonan kemasukan ke MRSM, ibu bapa juga perlu alert akan tarikh Ujian Kecenderunagan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Permohonan MRSM
Hal ini disebabkan pada musim Pandemik ini, tarikh ujian dan permohonan sentiasa bertukar-tukar mengikut keadaan semasa pandemik.
Bagi pendaftaran pengguna, pelajar perlu memasukkan no I/C, no telefon bimbit dan e-mel yang aktif bagi mendapatkan kata lalun pendaftaran. Setelah selesai melakukan pendaftaran, pelajar WAJIB mengisi maklumat peribadi calon, ibu bapa dan perlu memilih program yang ingin di pohon serta tempat ujian. Setelah selesai mengisi, tekan butang HANTAR dan cetak permohonan.
“Pastikan no telefon bimbit dan e-mel anda aktif bagi memastikan anda mendapatkan maklumat terkini daripada pihak MARA”
Selamat Maju Jaya para pelajar, tidak kira anda berada di sekolah mana. Kejayaan seseorang pelajar adalah disebabkan oleh usaha yang dilakukan dan doa yang mengiringi kejayaan seorang pelajar itu.
**Always Remember Allah always know the best for is**
Rujakan:-
1) Facebook Majlis Amanah Rakyat
2) https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/