Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti Sesi 2022/2023

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Politeknik

Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti sesi 2022/2023 kini dibuka. Ianya merupakan permohonan bagi program sepenuh masa BUKAN separuh masa.

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti Sesi 2022/2023

Permohonan ini bagi ambilan pelajar :-

1) Lepasan SPM 2019, 2020 dan 2021

    • Permohonan boleh melalui laman web http://upu.mohe.gov.my
    • TARIKH PERMOHONAN sudah DITUTUP
    • Permohonan akan dibuka semula pada 1 Jun 2022
PERHATIAN!!!
Borang permohonan DIBUKA pada 4 Feb 2022 dan DITUTUP pada 31 Mac 2022 sekiranya permohonan melalui laman web UPU.

2) Lepasan SPM 2018 ke bawah & selain SPM (Lulusan Sijil diiktiraf MQA, Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, Lulusan APEL)

    • Permohonan boleh dilakukan melalui laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my
    • Permohonan akan dibuka bermula 31 Mac 2022
    • Calon boleh memohon kemasukan ke :-
      • Politeknik
      • Kolej komuniti
“PASTIKAN pemohon mengisi borang dengan lengkap bagi MENGELAKKAN permohonan anda ditolak”
NOTA TAMBAHAN!!!
Permohon dinasihati supaya mencuba capaian permohonan dalam talian e-borang pada waktu yang berlainan sekiranya percubaan pertama gagal atau tidak berjaya. Hal ini disebabkan, berlakunya kesesakan laluan capaian kepada server pangkalan.

Diploma Sepenuh Masa Politeknik

Politeknik

Senarai Program yang ditawarkan di dalam Diploma Sepenuh Masa Politeknik :-

  • Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri
  • Jabatan Kejuruteraan Awam
  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  • Jabatan Kejuruiteraan Perkapalan
  • Jabatan Kejuruteraan Petrokimia
  • Jabatan Pelancongan & Hospitaliti
  • Jabatan Penyelengaran Pesawat
  • Jabatan Perdagangan
  • Jabatan Reka Bentuk & Komunikasi Visual
  • Jabatan Teknologi Makanan
  • Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

Diploma Kolej Komuniti

Politeknik

Senarai Program yang ditawarkan di dalam Diploma Sepenuh Masa Kolej Komuniti adalah seperti:-

  • Diploma Dandan Rambut
  • Diploma in 3D Animation
  • Diploma in Architectural Technology
  • Diploma in Culinary Arts
  • Diploma in Sound & Lighting Technology
  • Diploma in Electronics (Instrumentation)
  • Diploma in Games Arts
  • Diploma in Mechanical TTechnology (Computer Aided Design & Drafting)
  • Diploma in Mobile Technology
  • Diploma in Patisserie
  • Diploma in Telecommunication Technology
  • Diploma in Rail Signallling & Communication Technology
  • Diploma Teknologi Kenderaan Perdagangan
  • Diploma Teknologi Solar Fotovoltan
  • Diploma Terapi Kecantikan
  • Diploma in Hotel Management
Info Tambahan :  Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) Bidang Pendidikan 2022

Perkongsian alumni pelajar kolej komuniti :-

3) Lepasan sekolah pendidikan khas/ program pendidikan khas intergrasi (ketidakupayaan pendengaran)

PERHATIAN!!!
Permohonan menerusi e-borang politeknik permohonan akan DIBUKA pada 31 Mac 2022 dan DITUTUP pada 28 Jun 2022
***Kemasukan Pelajar Politeknik bagi ambilan Diploma bermula pada 15 Ogos 2022***

Sebelum melakukan permohonan kemasukan ke politeknik & kolej komuniti sesi 2022/2023 pelajar WAJIB membaca dahulu syarat kemasukan setiap satu bidang tersebut. Hal ini bagi mengelakkan calon daripada gagal dalam pelakukan permohonan dalam sesuatu bidang kerana tidak mencapai syarat kemasukan atau kelayakan bidang tersebut.

Pada masa yang sama, pelajar dinasihati agar sentiasa alert akan tarikh-tarikh penting TERUTAMANYA tarikh panggilan temuduga, sesi temuduga, tarikh keputusan permohonan atau tarikh permohonan rayuan.

Tarikh-tarikh PENTING bagi permohonan e-Borang Politeknik adalah:-

  • Semakan Panggilan Temuduga                               : 7 Julai 2022
  • Sesi Temuduga                                                            : 11-15 Julai 2022
  • Semakan Keputusan Permohonan                          : 25 Julai 2022
  • Borang Permohonan Rayuan e-Borang Dibuka   : 25 Julai 2022
  • Borang Permohonan Rayuan e-Borang Ditutup  : 31 Julai 2022
  • Semakan Keputusan Rayuan                                   : 22 Ogos 2022
Info Tambahan :  3 Laman Web Yang Mantap Digunakan Selain Kahoot!

Yuran Pengajian Sepenuh Masa Politeknik

Pasti masih ramai pelajar tertanya-tanya akan yuran pengajian sepenuh masa politeknik. Buat pengetahuan umum, yuran pengajian sepenuh masa politeknik adalah seperti berikut:-

  • Yuran pengajian  : RM200
  • Yuran Asrama   : RM 60- RM 630 (Tertakluk kepada jenis/ kemudahan asrama yang disediakan oleh pihak politeknik yang berkenaan)
  • Bayaran yuran pelbagai : Semester 1 – Maksimum RM600

Semester seterusnya – Max RM150

Yuran Pengajian Sepenuh Masa Kolej Komuniti

Bagi yuran pengajian sepenuh masa kolej komuniti pula adalah seperti berikut:-

  • Yuran Pengajian : RM200
  • Yuran Asrama : PERCUMA

Asrama hanya akan disediakan di:-

  • LTA @ Kolej Komuniti Langkawi
  • Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang
  • Kolej Komuniti Rompin, Pahang
  • Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
  • Kolej Komuniti Gerik, Perak
  • Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan
  • Bayaran yuran pelbagai : Semester 1 – Max RM600

Semester seterusnya – Max RM150

Diharapkan perkongsian pada kali ini dapat membantu para pelajar dalam membuat pemilihan bidang yang bakal anda ceburi. Lakukan pemilihan yang bijak demi masa hadapan anda.

“Segulung Ijazah BUKAN satu penentu kejayaan seseorang, apa yang penting teruskan usaha dan sentiasa berdoa dan memohon pertolongan daripada ALLAH, itulah kejayaan yang hakiki”

 

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
MOHAMAD AMRIE BIN MOHD ROHNI
Guest
14 days ago

Memohon bidang kursus elektrik