Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma Kolej Profesional Mara (KPM). KPM adalah salah sebuah kolej awam yang diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan program diploma bagi lepas SPM/ STPM/ STAM. Misi MARA adalah melahirkan pemimpin dalam kalangan pelajar selari dengan sebab mengapa MARA menubuhkan KPM.
Kolej Profesional MARA (KPM) ini mempunyai 6 kampus secara keseluruhannya di seluruh Malaysia iaitu di:-
- Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor
- Kolej Pridesiibal Mara Bandar Penawar, Johor
- Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Pahang
- Kolej Profesional Mara Bandar Melaka
- Kolej Profesiobal Mara Ayer Keroh, Melaka
- Kolej Profesional Mara Seri Iskandar, Perak
Bagi pelajar yang mahu menyambung pengajian ke peringkat diploma anda boleh membuat permohonan sekarang di laman web Rasmi MARA. KLIK DISINI
untuk masuk ke laman web rasmi MARA. Permohonan Kolej Prifesional Mara bulan Januari 2021 dibuka pada 6 NOVEMBER 2020 sehingga 4 DISEMBER 2020. Ianya adalah sesi 1 ambilan Januari 2021.
MARA juga sudah menetapkan syarat bagi mereka yang ingin memohon program diploma dibawah KPM ini. Justeru itu, hanya calon yang memenuhi syarat sahaja yang akan menempatkan diri di Kolej Profesional Mara ini.
Ambilan Januari ini merupakan program pengajian kepada pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma di Kolej Profesional MARA dalam:-
√ Bidang Perakaunan,
√ Perniagaan Teknologi Maklumat,
√ Pengurusan Perniagaan,
√ Rangkaian Komputer,
√ Sains Komputer,
√ Pengurusan Media Digital Kreatif,
√ Komunikasi Bahasa Inggeris,
√ Industri Halal, Pengurusan Logistik,
√ Perniagaan Antarabangsa, Kewangan & Perbankan Islam,
√ Landskap & Hortikultur serta Pemasaran.
Tarikh semakkan keputusan permohonan untuk memasuki KPM ini adalah pada 14 -25 DISEMBER 2020. Rayuan juga boleh dilakukan pada tarikh yang sama keputusan permohonan dikeluarkan. Justeru itu, calon perlu sentiasa alert akan tarikh-tarikh penting ini. Pendaftaran kemasukan pelajar Baharu adalah pada 21 JANUARI 2021.
Segala permasalahan berkenaan dengan permohoan atau pemohon mahu maklumat lanjut berkenaan dengan program diploma boleh layari Portal Rasmi MARA
ATAU
Hantar pertanyaan ke:-
Unit Pusat Institusi MARA (UPIM),
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Ibu pejabat MARA,
Jalan MARA,
50609 KUALA LUMPUR
NO Tel:- 03-261 34074/ 34076/ 34077/ 34081
Faks:- 03- 2691 0636
Emel: [email protected]
Whatsapp: +6011-58521184
**Kolej Profesional MARA (KPM) Merealisasi Impian Kerjaya Anda**
Rujukan:-
1) Facebook Majlis Amanah Rakyat
2) http://apponline.mara.gov.my/upimonline/