Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malysia Tahun 2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu sekolah seni Malaysia Tahun 2022 sudah dibuka. Justeru itu, bagi pelajar Darjah 6 yang berminat untuk memasuki sekolah ini boleh memohon SEKARANG. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web https://essem.moe.gov.my

TAHUKAH ANDA!!!

Tarikh permohonan bermula daripada 15 JULAI 2021 sehingaa 30 SEPTEMBER 2021.

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malysia Tahun 2022

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu

Dalam setiap permohonan pasti mempunyai syarat kemasukan atau syarat kelayakan untuk memasuki sekolah tersebut. Sama juga dengan permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia ini, sekolah ini juga mempunyai syarat kelayakan permohonan. 

Antara syarat kelayakan permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Tahun 2022 adalah seperti berikut:-

  • WARGANEGARA Malaysia
  • Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian seperti :-
    • Seni visual
    • Seni Tari
    • Seni Teater
    • Seni Muzik
  • Sihat tubuh badan
  • Hanya permohonan secara ONLINE akan diproses 

PERHATIAN!!!

Bagi melancarkan permohonan, pengguna DINASIHATKAN untuk menggunakan web broser google chrome. Setiap pengguna perlu mendaftar untuk menggunakan sistem ini.

Sekiranya anda LEPAS SYARAT kelayakan maka anda boleh membuat permohonan ini. Pada masa yang sama, AMATLAH PENTING pemohon yang melakukan permohonan ini mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kesenian agar mereka lebih mudah untuk mengikuti kelas yang disediakan. 

Syarat Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia Tahun 2022

Antara syarat kemasukan ke sekolah Seni Malaysia adalah seperti:-

1) CALON mesti daripada sekolah BANTUAN PENUH kerajaan
2) LULUS UJI BAKAT (dilaksanakan secara dalam talian)

Info Tambahan :  IPT : 8 Carian Maklumat Terbaik Untuk Pelajar IPT

NOTA RINGKAS!!!

Setiap pemohon WAJIB menyediakan rakaman video uji bakat bagi tujuan penilaian. Hanya pemohon yang menghantar rakaman video mengikut tempoh yang ditetapkan sahaja akan disenarai pendek dalam pemilihan.

Panduan penyediaan adalah seperti berikut:-

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu


3) Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
4) Murid yang berjaya WAJIB tinggaldi asrama dan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan
5) Mengemukakan rekod kesihatan murid
6) Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan

Tatacara Permohonan Dalam Talian

Tatacara permohonan dalam talian adalah seperti berikut:-

a) Layari laman web Rasmi di https://essem.moe.gov.my

b) Login pemohon

  • Bagi pengguna yang PERTAMA kali memasuki sistem ini, sila KLIK link DAFTAR KALI PERTAMA untuk mendaftar terlebih dahulu

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu

  • Masukkan kata laluan, ulang kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan.

PERINGATAN!!!

Kata laluan yang dibuat WAJIB mengikut format yang telah ditetapkan oleh sistem.

  • Setelah semua maklumat lengkap diisi, KLIK pada butang DAFTAR untuk meneruskan pendaftaran atau klik pada butang MENU UTAMA untuk kembali ke halaman utama
  • Maklumat pendaftaran akan dipaparkan dan pengguna boleh mencetak maklumat pendaftaran klik isi borang untuk meneruskan permohonan atau klik butang KEMBALI untuk kembali ke halaman utama

INFO !!!

ID pengguna dan kata laluan hendaklah disimpan di tempat yang selamat agar TIDAK disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggunjawab.

  • Paparan di atas menunjukkan borang pendaftaran yang perlu diisi oleh pengguna. Tanda (PANGKAH) menunjukkan semua maklumat masih belum lengkap diisi dan pengguna DIWAJIBKAN untuk melengkapkan semua maklumat di atas. 
Info Tambahan :  Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu

PERINGATAN!!!

Sekiranya salah satu maklumat yang bertanda (PANGKAH) TIDAK lengkap diisi, butang cetak TIDAK akan dipaparkan. Justeru itu, calon WAJIB melengkapkan semua borang yang dikehendaki.

  • Terdapat 5 BAHAGIAN yang perlu diisi oleh penggunan iaitu :-
    • Maklumat sekolah dan bidang pilihan
    • Maklumat Pemohon
    • Maklumat Keluarga
    • Maklumat Akademik (PBD)
    • Maklumat Kokurikulum dan Kepimpinan

PERINGATAN!!!

Tanda (*) merupakan salah satu bahagian yang WAJIB untuk diisi oleh calon. Sekiranya calon TIDAK mengisi tanda tersebut maka anda TIDAK akan dapat untuk meneruskan ke bahagian yang lain. Dan JANGAN lupa untuk sentiasa tekan butang simpan selepas mengisi maklumat.

  • Apabila semua maklumat sudah lengkap diisi, status paparan akan bertanda (√ ). Selepas itu pemohon boleh mencetak borang permohonan dengan menekan butang cetak. 

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu

Diharapakan calon yang berkelayakan TIDAK melepaskan peluang untuk membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia Tahun 2022. Peluang hanya datang sekali sahaja, maka ambillah peluang yang ada untuk mencapai cita-cita anda itu.

Dapatkan segala peluang untuk berjaya di dalam bidang yang anda kehendaki, tetapi sekiranya TIDAK berjaya maka itu bukanlah rezeki anda. Teruskan sahaja perjalanan tanpa memandang akan kegagalan tersebut.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments