Pihak Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuka permohonan kemasukan pelajar Diploma Kejururawatan tahun 2021. Tarikh permohonan bermula pada 18 Januari 2021 sehingga 13 April 2021 jam 11.59 malam. Selain daripada UPUOnline, USM juga membuka permohonan diploma kejururawatan bagi tahun 2021.
Permohonan kemasukan pelajar akan BERAKHIR pada 13 APRIL 2021 ini tetapi masih belum terlambat lagi untuk calon melakuakan permohonan ini selagi masih belum tamat tarikh permohonan. Lakukan permohon sebelum tarikh tamat.
***Kejayaan Tidak akan datang bergolek tetapi ianya datang seiring dengan usaha***
TAHUKAH ANDA!!!
Calon yang ingin memohon kemasukan ke USM perlu membeli pin USM Kejururawatan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM60.00 sahaja.
Permohonan Kemasukan Pelajar Diploma Kejururawatan Tahun 2021
Setiap permohonan WAJIB mengikuti kelayakan akademik calon. Justeru itu, calon perlu mendaftar dan pilih kategori permohonan mengikut KELAYAKAN. Ianya bagi mengelakkan daripada permohonan calon ditolak.
PERINGATAN!!!
Calon perlu memuat naik dokumen akademik dan dokumen lain yang berkaitan bagi memudahkan urusan pihak pengurusan untuk menilai kelayakan permohon. Pada masa yang sama, permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses.
Bagi permohonan kemasukan pelajar diploma kejururawatan ini pihak USM akan mengadakan sesi temuduga. Justeru itu, sesi temuduga akan diadakan pada bulan Jun dan keputusan permohonan akan dihebahkan pada bulan Julai. Keputusan akan diumumkan melalui Laman Web Rasmi USM
Syarat permohoan Kemasukan Pelajar Diploma Kejururawatan Tahun 2021
Syarat Am permohonan kemasukan pelajar Diploma Kejururawatan USM adalah:-
- Lulus SPM/ setaraf
- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu Julai/ Bahasa Malaysia Julai
Syarat Khas permohonan kemasukan pelajar Diploma Kejururawatan USM adalah:-
1) Lulus SPM dengan lima kepujian
- Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris dan Matematik/ Matematik Tambahan
- Mendapat kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran berikut:-
a) Sains
b) Biologi
c) Kimia
d) Fizik
e) Applied science
- Mendapat kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran lain
2) Cemerlang dalam penilaian temu duga
“Cemerlang dalam temu duga bermaksud anda sudah LAYAK untuk memasuki program diploma kejururawatan USM”
NOTA TAMBAHAN!!!
Calon perlu memenuhi status kesihatan berikut:-
- Semua calon mesti disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Berdaftar dalam masa satu bulan daripada mengikuti kejururawatan
- Calon tidak dibenarkan mengikuti program kejururawatan jika mempunyai masalah kesihatan seperti:-
-
- HIV/AIDS
- Hepatitis B
- Hepatitis C
- Masalah kesihatan mental
- Epilepsi
- Buta Warna
Calon yang tidak memiliki sebarang ketidakupayaan fizikal atau ketidakupayaan deria yang mampu menghalang dalam melakukan kemahiran jururawat boleh lakukan permohonan. Selagi penyakit yang dimilik TIDAK memudaratkan pesakit anda boleh lakukan permohonan.
Cara Memohon Jurusan Diploma Kejururawatan USM
PERHATIAN!!!
Calon hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum LOGIN dengan mengklik butang DAFTAR
Cara memohon jurusan kejururawatan ini adalah dengan:-
1) Login Borang permohonan
- No. Rujukan
- Kata Laluan (ditetapkan pemohon semasa mendaftar)
2) Isi Maklumat peribadi calon
- Contoh maklumat peribadi yang perlu di isi adalah tarikh lahir, no. Telefon, email dll
- Setelah selesai mengisi maklumat calon perlu menekan butang SETERUSNYA
3) Lengkapkan maklumat ko-kurikulum
- Mengisi maklumat ko-kurikulum sepperti badan beruniform/ sukan
- Kejayaan pada peringkat sekolah/ Negeri/ Kebangsaan
4) Maklumat kelayakan
- Kursus, latihan atau sijil/ kelayakan profesional
5) Maklumat Pengalaman
- Pekerjaan/ tempoh pengalaman (JIKA BERKAITAN)
6) Maklumat sosio-Ekonomi
- Maklumat ibu bapa/ penjaga
- Pendapatan/ pekerjan
7) Pilihan program pengajian
- Pilihan program pengajian mengikut KELAYAKAN
8) Pengesahan
- Tekan butang HANTAR
- Cetak maklumat permohonan untuk rujukan sendiri
Sebarang Pertanyaan boleh menerusi:-
Unit Pengambilan Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftaran
Universiti Sains Malaysia
11800 USM,
Pulau Pinang
Tel No: 1 300 888 876/ 04-653 3196
Fax No: 04- 653 3328
Email: [email protected]
Students Admissions USM