Permohonan Kemasukan Sekolah Teknik, Vokasional dan Kolej Vokasional 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan Sekolah Teknik, Sekolah Vokasional dan Kolej Vokasional

Permohonan Kemasukan Sekolah Teknik, Vokasional dan Kolej Vokasional 2012 1
Logo KPM

Bagi pelajar tingkatan 3 yang bakal menempuhi Penilaian Menengah Rendah  2011 ini yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik, vokasional ataupun Kolej vokasional pada tahun hadapan iaitu 2012 bolehlah mula mempertimbangkan untuk membuat permohonan yang telah dibuka.

Pendidikan teknik dan vokasional ini memberikan keperluan kemahiran kepada pelajarnya terutama memenuhi bidang kemahiran sektor pekerjaan kini yang mementingkan keberhasilan didalam setiap produk serta teknologi produk. Selain itu, kadar pertambahan alatan dan teknologi kini memerlukan pakar atau separa pakar dalam menyelia ataupun menjadikan kefungsian produk.

Info Tambahan :  BUDI Sabah 2023: Permohonan, Syarat dan Tunai

Syarat Permohonan

  1. Pemohon hendaklah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) tahun 2011
  2. Kesihatan adalah sihat tubuh badan, bebas dari masalah jantung, darahtinggi, kencing manis, sawan ( epilepsy ) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja kursus dan amali.
  3. Pemohon bidang kejuruteraan ( elektrik, mekanikal dan awam ) mestilah TIDAK RABUN WARNA )

Syarat Khusus Permohonan

Kolej vokasional

  • Pencapaian baik dalam peperiksaan percubaan PMR

Teknikal

  • Minimum B semua 8 matapelajaran dalam peperiksaan PMR

Vokasional

  • Pencapaian sederhana dalam peperiksaan percubaan PMR

Kemahiran

  • Pencapaian rendah dalam peperiksaan PMR

Cara membuat permohonan

Untuk membuat permohonan bolehlah pergi ke permohonan online yang disediakan di alamat http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/login.cfm

Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?

Senarai Kursus Yang Ditawarkan 2012

Untuk membuat permohonan, anda juga perlu terlebih dahulu meneliti kursus-kursus yang ditawarkan bagi tahun 2012 http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/Kursus2011.pdf

Untuk Maklumat lanjut anda dinasihatkan melihat iklan penuh KLIK SINI

Ataupun menghubungi

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

 

03-88845154

20 thoughts on “Permohonan Kemasukan Sekolah Teknik, Vokasional dan Kolej Vokasional 2012

Leave a Reply to ibni siraj Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *