Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan 4 Ke MRSM 2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan

Pemohonan kemasukan Tingkatan 1 dan 4 ke MRSM 2022 semakin hampir. Justeru itu, DIGALAKKAN bagi bakal pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk sentiasa peka akan pembukaan permohonan kemasukan ke MRSM tahun 2022 ini. Hal ini disebabkan, bahagian Pendidikan Menegah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengumumkan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 tahun 2022 di laman web Rasmi MRSM atau di Maktab Rendah Sains MARA.

https://www.mara.gov.my/

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan 4 Ke MRSM 2022

Permohonan

TAHUKAH ANDA!!!

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2022 bakal dibuka pada minggu keempat Ogos 2021. Justeru itu, DISARANKAN ibu bapa mahupun calon untuk sentiasa alert atau peka akan pengumuman ini.

Menerusi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azizah Mohd Dun, permohonan kemasukan Tingkatan 1 dan 4 ke MRSM 2022 akan di buka pada minggu keempat bulan Ogos. Permohonan akan dibuka menerusi atas talian sahaja. Justeru itu, calon yang berminat perlu sentiasa peka akan TARIKH PENTING ini. 

Syarat Kemasukan Ke MRSM 2022

TAHUKAH ANDA!!!

Bagi pengambilan pelajar MRSM setiap tahun, pihak MARA akan mempelawa pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam bidang Akademik, Sahsiah Diri, Aktif dalam kegiatan Kokurikulum untuk membuat permohonan ke MRSM.

Antara syarat Umum kemasukan ke MRSM 2022 adalah seperti berikut:-

  • Calon WARGANEGARA Malaysia
  • Ibu atau bapa adalah WARGANEGARA Malaysia
  • Calon mestilah memohon atas talian (ONLINE SAHAJA)
  • Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/ PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Calon mestilah berminat belajar di MRSM
  • Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
  • Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum
Info Tambahan :  Perbezaan Sekolah Wawasan, Kluster, Primier, Bestari, dan SBT

KHAS BUAT PEMOHON ULUL ALBAB
Pemohon perlu menduduki Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi memohon MRSM Ulul Albab ini.

Senarai Program Yang Disediakan Oleh Pihak MRSM

Pihak MRSM ada menawarkan beberapa program di bawah seliaan pihak MRSM, antara program yang disediakan adalah seperti:-

1) Premier

MRSM Premier melaksanakan sistem pendidikan MRSM yang berteraskan STEM. Dalam erti kata lain, pelajar MRSM akan ikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah, kursus khas dan kursus sahisah. 

APA ITU STEM?

STEM adalah salah satu sistem pendidikan dalam bentuk singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunapakai bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi.

2) Ulul Albab

Program pendidikan Ulul Albab adalah salah satu program gabungan diantara pendidikan berteraskan STEM dan program aliran agama termasuklah Tahfiz Al- Quran.

TUJUAN UTAMA MRSM Ulul Albab ini diwujudkan adalah bagi melahirkan ahli profesional teknokrat dan usahawan yang BUKAN sahaja mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi TETAPI juga mahir dalam bidang keagamaan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

3) IGCSE

IGCSE adalah salah satu program International General certificate of Secondary Education. IGCSE adalah salah satu program yang menawarkan 2 sijil dalam satu masa iaitu sijil Cambridge IGCSE dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Info Tambahan :  Biasiswa Untuk Degree: 3 Jenis Biasiswa dan Tips

TAHUKAH ANDA!!!

IGCSE adalah salah satu pengajian yang menawarkan pelajar mempelajari sistem pembelajaran antarabangsa seawal usia 13 tahun. Cambridge syllabus merupakkan kurikulum yang diiktiraf seluruh dunia kerana ianya setaraf dengan British GCSE dan International GCE O Level.

4) IB MYP

Program IB MYP adalah program yang melaksankan program kebangsaan yang berintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM. Bagi program IB MYP ini, ianya merupakan salah satu program yang menggunakan pendekatan pemikiran secara kreatif, kritis dan menghasilakn pemikiran yang reflektif. Bagi program IB MYP ini, pembelajarannya adalah fleksible mengikut kesesuaian keperluan kurikulum yang sedia ada. 

5) Teknikal

Teknikal merupakan program yang menerapkan pembelajaran teknikal yang berteraskan STEM menerusi matapelajaran Sains Kejuruteraan. Ianya merangkumi ilmu :-

  • Kejuruteraan Robotik
  • Teknikal
  • Elektrikal

Pembelajaran ini bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3, manakala bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 pula pelajar diberi pilihan untuk mengambil Aliran Teknikal Elektrik dan Elektronik atau Aliran Mekanikal dengan subjek Lukisan Kejuruteraan sebagai subjek pilihan WAJIB.

Setelah ketahui beberapa senarai program yang ditawarkan oleh pihak MRSM, maka anda boleh membuat persiapan untuk melakukan pemilihan program. Walaubagaimana sekalipun, pelajar WAJIB membaca dahulu syarat KHUSUS KELAYAKAN bagi setiap program yang ini disertainya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top